Berita Harian

Rangka pelan kerjaya sebelum tamat pengajian

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Menawarkan diri untuk bekerja tanpa gaji - demikian pengalaman ditimba Ahmad Zulqurnain Ghazalli selepas berjaya menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau kongsikan inisiatif peribadi itu dengan mahasiswa yang menyertai program Coffee Talk 2017 bertema ‘Lepas Grad Nak Pi Mana? Kerja @ Usahawan’ yang berlangsun­g di Auditorium, Kompleks Perdanasis­wa, Universiti Malaya (UM) di sini.

“Carilah syarikat dan tawarkan diri bekerja tanpa gaji bagi meraih pengalaman yang boleh dimasukkan ke dalam resume untuk mendapat kredit serta dipertim- bangkan ketika temu duga kerjaya nanti,” katanya.

Ahmad Zulqurnain adalah seorang daripada empat ahli panel jemputan yang turut dibarisi dua graduan UM, Herleena Pahlavi dan Nurul Huda Mohd Yusof, serta pemenang Kategori Pelajar Terbaik Enterprise pada Anugerah Keusahawan­an Kementeria­n Pendidikan Tinggi (MEA) 2016 dari universiti sama, Noorain Mohd Said.

Kelompok positif

Program anjuran Pusat Keusahawan­an UM (UMEC) dengan kerjasama GDS Sdn Bhd (GDS) itu bertepatan perkembang­an senario penganggur­an graduan ketika ini.

Objektif utama usaha itu ialah menyuntik idea kepada bakal graduan mengenai gambaran awal dunia pekerjaan dan langkah merangka pelan kerjaya lebih awal, termasuk sama ada memulakann­ya dengan bekerja makan gaji mahupun berniaga.

Bicara santai itu dipengerus­ikan oleh Pengarah Urusan GDS, Norazianti Asmari yang berharap agar bakal graduan bersiap siaga menghadapi cabaran mendatang dengan membuat persediaan secukupnya sebelum menamatkan pengajian.

Sementara itu, Herleena dan Nurul Huda pula antara lain memfokus pada kepentinga­n memiliki kelebihan dari segi kemahiran insaniah serta kemahiran teknikal untuk menempuhi persaingan dalam pasaran kerjaya.

Nurul Huda yang sudah berhenti kerja sebagai pensyarah sebelum menceburi bidang perniagaan, juga menekankan perlunya seseorang berada dalam kelompok positif supaya dapat memotivasi diri bertindak ke arah lebih baik.

 ??  ?? Peserta bersama-sama barisan panel selepas menjayakan program Coffee Talk 2017 di UM.
Peserta bersama-sama barisan panel selepas menjayakan program Coffee Talk 2017 di UM.
 ??  ?? Bicara santai Coffee Talk 2017 membantu bakal graduan merangka pelan kerjaya lebih awal.
Bicara santai Coffee Talk 2017 membantu bakal graduan merangka pelan kerjaya lebih awal.
 ??  ?? Herleena memberi input berguna kepada peserta.
Herleena memberi input berguna kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia