Berita Harian

Karnival saluran pelajar jana pendapatan

- Oleh Nor Azma Laila

Peserta Karnival Boxing Raya 2017 anjuran Politeknik Kota Bharu (PKB), baru-baru ini, berjaya menjana pendapatan memberangs­angkan sehingga ada yang mencecah lebih RM2,000 hasil jualan pelbagai produk.

Program itu disertai 235 pelajar Jabatan Kejurutera­an Awam, Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Jabatan Kejurutera­an Mekanikal dan Jabatan Perdaganga­n yang membuka aneka gerai seperti pakaian, makanan dan minuman, serta produk kecantikan dan kesihatan.

Ketua Unit Keusahawan­an PKB, Dr Nik Azida Abd Ghani, berkata 25 peratus daripada pelajar terbabit julung kali menceburi bidang perniagaan.

“Karnival membabitka­n kerjasama unit ini dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKB bertujuan mendedahka­n pelajar dengan kemahiran menguruska­n program atau aktiviti keusahawan­an.

Kesan positif

“Selain itu, menggalakk­an pembabitan dalam bidang perniagaan dan melahirkan pelajar usahawan ketika mereka sedang mengikuti pengajian.

“Program ini juga bermatlama­t menjadi saluran untuk pelajar menjana pendapatan, memperoleh pendedahan senario sebenar dunia perniagaan dan mengasah kemahiran berkomunik­asi serta berunding dengan pembeli atau orang luar,” katanya.

Dr Nik Azida berkata, antara cabaran dihadapi pelajar terbabit ialah persaingan dengan gerai menjual produk sama, kekangan masa berikutan mereka perlu mengikuti kuliah ketika karnival berlangsun­g, dan mempelbaga­ikan strategi serta teknik menarik pelanggan.

Secara keseluruha­n, beliau berkata, karnival tahunan itu berhasil membuahkan kesan positif dengan rata-rata peserta teruja dan seronok menerokai aktiviti perniagaan, malah berharap program berkenaan diteruskan pada masa depan.

 ??  ?? Pengarah PKB, Noor Azahan Othman (dua dari kiri), melawat gerai jualan pada Karnival Boxing Raya 2017.
Pengarah PKB, Noor Azahan Othman (dua dari kiri), melawat gerai jualan pada Karnival Boxing Raya 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia