Berita Harian

Aplikasi ilmu pengajian dalam bisnes

-

Kuala Lumpur: Berbekalka­n minat berniaga, dua rakan sebilik di Universiti Utara Malaysia (UUM) sepakat memulakan bisnes pakaian berjenama sendiri dinamakan Brocode Collection sejak awal tahun lalu.

Rikianto Sairi, 25, dan Muhamad Farhan Abd Rahim, 23, yang masingmasi­ng mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kepujian) serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian), menawarkan kemejat tanpa kolar diperbuat daripada fabrik kapas.

Mengimbau langkah awal, Rikianto berkata selepas perbincang­an bersama, mereka mencapai keputusan untuk mencipta rekaan ringkas dengan motif suasana dan reka bentuk bangunan di UUM bersesuaia­n minat pelajar yang menjadi pelanggan sasaran.

Seterusnya, mereka giat melakukan promosi melalui laman sosial Facebook dan aktiviti gerai jualan di kampus, sekali gus mengambil tempahan pembeli.

Asam garam

“Kami beruntung kerana ilmu pengajian diikuti boleh diaplikasi­kan dalam bisnes ini. Tugasan saya lebih tertumpu pada aspek promosi dan pemasaran, manakala fokus Muhamad Farhan pula ialah menghasilk­an rekaan.

“Modal terbabit juga tidak besar kerana kami menggunaka­n konsep tempahan awal, iaitu apabila pelanggan sudah membayar harga baju, barulah rekaan akan dihantar kepada pembekal untuk disiapkan,” katanya.

Selain pelanggan berpeluang menyuaraka­n idea rekaan baju disukai, beliau berkata, khidmat custom-made turut ditawarkan kepada pihak yang ingin membuat tempahan dalam jumlah banyak.

Bagi memastikan bisnes terus berkembang, Rikianto dan Muhamad Farhan amat menitikber­atkan hubungan baik dengan pelanggan serta menyifatka­n cabaran ditempuhi sebagai asam garam yang mendidik mereka menjadi usahawan lebih positif dan berjaya.

 ??  ?? Rikianto (kiri) dan Muhamad Farhan sentiasa berbincang untuk terus memajukan perniagaan mereka.
Rikianto (kiri) dan Muhamad Farhan sentiasa berbincang untuk terus memajukan perniagaan mereka.
 ??  ?? Antara kemeja-t Brocode Collection yang ditawarkan kepada pelanggan.
Antara kemeja-t Brocode Collection yang ditawarkan kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia