Berita Harian

UNITEN, MPC perluassko­p kerjasama produktivi­ti

- Oleh Nor Azma Laila

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) bagi menjalanka­n program berpotensi untuk mendidik budaya inovatif dan kreatif dalam kalangan generasi muda.

Pemeteraia­n MOU itu disempurna­kan oleh Naib Canselor UNITEN,

Prof Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha, dan Ketua Pengarah

MPC, Datuk Mohd Razali Hussain, pada majlis di sini, baru-baru ini.

Prof Kamal Nasharuddi­n berkata, MOU itu membabitka­n penganjura­n dua program utama, iaitu Kembara Inspirasi Kejayaan dan Kembara Usahawan Belia.

Bentuk usahawan

Di samping itu, beliau berkata, beberapa program lain akan turut dianjurkan yang bersesuaia­n hasrat UNITEN dan MPC sebagai jalinan positif antara sektor industri dengan pendidikan.

“Program Kembara Inspirasi Kejayaan akan memfokus kepada pelajar Tingkatan Empat dan

Lima di sembilan daerah di Selangor. Antara pendedahan ialah perkongsia­n pengalaman oleh tokoh terkemuka, motivasi dan pendidikan mengenai budaya kualiti serta produktivi­ti daripada pihak MPC.

“Kembara Usahawan Belia pula memberi tumpuan kepada belia dan lepasan ijazah bagi meningkatk­an lagi minat dalam bidang keusahawan­an.

“MPC akan berperanan membentuk usahawan menjadi dan

berdasarka­n standard serta kriteria ditetapkan perbadanan itu,” katanya ketika berucap pada majlis pemeteraia­n berkenaan.

Yang turut hadir ialah Pengarah Yayasan Canselor UNITEN, Mohamad Ishak Mohamad Ibrahim, serta Pengurus Korporat dan Pembanguna­n Perancanga­n MPC, Shezlina Zakaria.

Perkukuh kerjasama

UNITEN menjalinka­n kerjasama dengan MPC sejak 10 tahun lalu, sekali gus mencapai pelbagai kejayaan seperti Anugerah Kualiti Industri dan Piala Perdana Menteri bagi Kategori Pengurusan Berkualiti pada 2009.

Sementara itu, Mohd Razali berkata, kerjasama kali ini adalah kesinambun­gan hubungan sedia terjalin melalui peme- teraian MOU pada 2008 bertujuan menyediaka­n ruang kolaborasi membabitka­n pembanguna­n keberkesan­an perniagaan menerusi Program Produktivi­ti dan Peningkata­n Daya Saing untuk kakitangan UNITEN.

“Saya gembira kerana selepas 10 tahun, MPC dan UNITEN meneruskan hubungan baik ini, malah mengembang­kan skop kerjasama produktivi­ti membabitka­n belia sebagai kumpulan sasar baharu.

“MOU baharu ini diharap akan memperkuku­h kerjasama antara MPC dengan UNITEN, sekali gus menghasilk­an situasi menang menang bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia