Berita Harian

UPSI anjur persidanga­n BM di Uzbekistan

-

Tanjung Malim: Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Jabatan Bahasa dan Kesusaster­aan Melayu (JBKM), akan mengadakan Persidanga­n Antarabang­sa Memartabat­kan Bahasa Melayu (PAMBM) Kelima di Uzbek State World Languages University (USWLU), Tashkent, Uzbekistan, selama dua hari bermula esok.

Pengerusi persidanga­n yang juga Ketua JBKM,

Prof Madya Dr Norliza Jamaluddin, berkata penganjura­n PAMBM kali ini turut dibantu oleh Kedutaan Malaysia di Uzbekistan dan Jabatan Bahasa Asing (Bahasa Melayu) USWLU.

Sambil menjelaska­n USWLU dipilih berikutan universiti itu menjadikan bahasa Melayu bahasa kedua sejak 1996, beliau berkata, persidanga­n akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertama Pendidikan Pengkhusus­an Tinggi dan Menengah Uzbekistan, Begimkulov Uzoqboy.

Tandatanga­ni MOU

“Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabang­sa harus berkembang dengan begitu dinamis untuk memenuhi pelbagai fungsi sama ada di Malaysia mahupun luar negara,” katanya.

Dr Norliza berkata, matlamat utama PAMBM diadakan di USWLU ialah sebagai langkah awal penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Uzbekistan dan usaha mengembang­kan bahasa Melayu di rantau terbabit.

“Persidanga­n ini akan disertai ahli akademik, sarjana bahasa dalam pelbagai disiplin, guru pakar, pengkaji dan pencinta bahasa Melayu dari pelbagai institusi, termasuk dari luar negara,” katanya.

Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby; Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran; serta Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Prof Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah, juga dijadualka­n hadir.

Sempena persidanga­n itu, akan turut diadakan majlis menandatan­gani empat memorandum persefaham­an (MOU), termasuk tiga adalah yang diperbahar­ui, antara UPSI dengan USWLU dan Tashkent State Institute of Oriental Studies.

 ??  ?? Prof Madya Dr Norliza Jamaluddin
Prof Madya Dr Norliza Jamaluddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia