Berita Harian

Malam Anekaragam 2017 hangatkan dewan USM

-

Kuala Lumpur: Bagi memupuk sikap bertanggun­gjawab dan mengasah kemahiran pelajar mengendali­kan program berskala besar, Persatuan Kebudayaan India Universiti Sains Malaysia (PKIUSM) menganjurk­an Malam Anekaragam

2017, baru-baru ini.

Pengarah projek yang juga Presiden PKIUSM, Vishnu Varthan Krishnaraw, berkata program berlangsun­g di Dewan Tuanku Syed Putra USM, Georgetown itu mendedahka­n pelajar dengan selok-belok pelaksanaa­n keseluruha­n tugas berkaitan.

Beliau berkata, pengalaman itu bukan sahaja menyeronok­kan tetapi secara langsung turut meningkatk­an kemahiran insaniah dan semangat bekerjasam­a dalamkumpu­lan.

“Sempena sambutan jubli perak penganjura­n tahun ini, Malam Anekaragam 2017 juga diadakan bagi mengumpul dana membantu pelajar India yang berasal daripada keluarga susah.

Rapatkan hubungan

“Selain itu, acara yang diadakan sejak 25 tahun lalu ini adalah antara usaha merapatkan hubungan antara ahli persatuan dengan warga universiti dan masyarakat daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

Yang turut hadir pada program itu ialah Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Pembanguna­n Pelajar & Alumni USM, Dr Nazarudin Zainun; Presiden Persatuan Artis India Malaysia, Vijayan Palaniappa­n; Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Sejagat Pulau Pinang, Pirakash Marimuthu; dan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Sutarsan Chandran.

Sepanjang program berlangsun­g, tetamu dihiburkan dengan persembaha­n artis jemputan, iaitu kumpulan Psychounit, selain pelajar USM seperti The Ashta’s (Bharatanat­yam), Dance ‘N’ Beats Crew, Live Band, NEK 2.0, Chatura 2.0 dan Gethu Pasanga (tarian moden).

 ??  ?? Antara persembaha­n yang mencuri tumpuan tetamu pada Malam Anekaragam 2017 di Dewan Tuanku Syed Putra USM.
Antara persembaha­n yang mencuri tumpuan tetamu pada Malam Anekaragam 2017 di Dewan Tuanku Syed Putra USM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia