Berita Harian

Pamer projek seni bina 12 IPT

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Hasil tugasan mahasiswa dari 12 politeknik serta universiti di dalam dan luar negara diketengah­kan pada Pameran Projek Pelajar Tahun Akhir Seni Bina 2017 yang sedang berlangsun­g di Galeri Kuala Lumpur hingga 30 Julai ini.

Pameran julung kali anjuran Universiti UCSI itu bertujuan meletakkan tanda aras sama antara institusi pengaji- an tinggi (IPT) terbabit dalam menonjolka­n buah tangan penuntut masing-masing.

Ketua Program Seni

Bina Universiti UCSI, Atirah Hazwah Abdullah Hani, berkata orang ramai berpeluang menyaksika­n sentuhan kreatif daripada sembilan

IPT tempatan, termasuk universiti penganjur, dan tiga lagi luar negara di bawah satu bumbung.

“Pelajar yang mengambil bahagian dan pengunjung boleh melihat serta mengetahui mesej diketengah­kan di sebalik setiap projek seni bina ditampilka­n,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran itu di sini, baru-baru ini.

Kongsi ilmu

Atirah Hazwah berkata, pameran itu mendapat sokongan Lembaga

Arkitek Malaysia yang bertanggun­gjawab menetapkan asas tajuk tugasan final perlu dihasilkan mahasiswa, selain Pertubuhan Akitek Malaysia.

Katanya, pameran bermula 10 pagi hingga 5 petang setiap hari itu bukan sahaja dapat menyumbang ke arah perkembang­an bidang seni bina tempatan tetapi juga memupuk percambaha­n idea kreatif dalam kalangan mahasiswa dan membuka ruang perkongsia­n ilmu secara bermanfaat.

Selain itu, beliau berkata, pameran itu dapat merapatkan­hubunganda­lam kalangan mahasiswa dan universiti yang mengambil bahagian, di samping membantu menjana modal insan berkemahir­an tinggi.

“Pemilihan Galeri Kuala Lumpur yang menjadi tempat tumpuan warisan sejarah negara, sebagai lokasi pameran ini mampu memperkena­lkan budaya kita kepada masyarakat tempatan dan luar negara,” katanya.

 ??  ?? Atirah Hazwah Abdullah Hani
Atirah Hazwah Abdullah Hani
 ??  ?? Suntikan idea kreatif menambah daya tarikan Pameran Projek Pelajar Tahun Akhir Seni Bina 2017.
Suntikan idea kreatif menambah daya tarikan Pameran Projek Pelajar Tahun Akhir Seni Bina 2017.
 ??  ?? Tetamu turut dihiburkan dengan persembaha­n santai.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembaha­n santai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia