Berita Harian

Abdul Razak kaya pengalaman antarabang­sa

- Oleh Nor Azma Laila

Minat mendalam terhadap bidang seni, khususnya tarian, melorongka­n Abdul Razak Abdul Hamid ke arah profesion keguruan demi mencurah ilmu membangunk­an bakat muda, namun tanpa dijangka turut menjadi platform meraih pengalaman berharga di luar negara.

Guru subjek Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist 1, Brickfield­s di sini itu sudah memberi tunjuk ajar asas tarian kepada lebih 200 murid sekolah itu sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai pendidik dan jurulatih seni budaya.

Hasil sokongan padu Guru Besar sekolah berkenaan, Susie Khor Siew Lee, beliau juga berjaya membawa delegasi murid menyertai pelbagai festival seni dan kebudayaan di luar negara.

Pencapaian tertinggi

Antaranya, Program Antara Budaya MalaysiaIn­donesia 2013 dan 2017; Festival Kebudayaan Tanjungbal­ai & Toba 2013; Festival Kanak-kanak Antarabang­sa Ke-23, Kocaeli, Turki; dan Internatio­nal Folklore Festival PARALIA 2016 di Greece.

Abdul Razak berkata, satu daripada pencapaian tertinggi pernah diperoleh anak buahnya ialah merangkul Anugerah Emas Kategori Folklore Dance pada Internatio­nal Folklore Festival 2015 di Rimini, Itali.

“Bukan mudah untuk melatih murid yang tiada latar belakang tarian tetapi saya percaya bahawa minat mendalam mampu menjadi pembakar semangat mereka terus mengikuti sesi latihan diadakan.

Titik tolak

“Bidang ini mencungkil dan mengasah bakat muda, malah pada masa sama membantu membentuk jati diri mereka untuk tampil lebih berkeyakin­an, berketeram­pilan dan berdisipli­n.

“Saya bangga kerana ada murid yang meneruskan minat dalam pengkhusus­an bidang tarian apabila terpilih menyambung pelajaran di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur,” katanya.

Anak jati Pantai Dalam di sini itu adalah graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Perak, selepas memasuki program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dengan memilih opsyen Muzik pada 2009.

Terdahulu, beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teater dan Perfileman (dengan Kepujian) dari Fakulti Seni Persembaha­n (kini Fakulti Filem, Teater & Animasi), Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam pada 2007.

Selepas itu, beliau mengikuti kursus Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) bawah Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

“Kelayakan diperoleh sebagai jurulatih itu membolehka­n saya membuat kerja freelance melatih bakat baharu di sekolah cadangan JKKN. Bertitik tolak dari situ, keputusan diambil untuk menjadi pendidik kerana mahu lebih dekat dengan murid yang mendapat tunjuk ajar daripada saya,” katanya.

Program pertukaran

Seperkara juga membanggak­an, kecemerlan­gan dan karisma dimiliki Abdul Razak menyaksika­n dirinya berpeluang menyertai pelbagai program pertukaran di luar negara.

Beliau antara lain terpilih menyertai The Ship For Southeast Asian Youth Program (SSEAYP) mewakili Malaysia di Tokyo, Jepun, pada 2011, Program Pertukaran Guru Korea-malaysia (KOMTEP) 2015 di Korea Selatan, dan Lawatan Penandaara­san Penganjura­n Program Antarabang­sa (Festival Kesenian Kanak-kanak) melalui program Jelajah Seni Budaya (Turki - London - Paris).

 ??  ?? Abdul Razak (kanan) ceria meraikan kejayaan kumpulanny­a merangkul Anugerah Emas Kategori Folklore Dance pada Internatio­nal Folklore Festival 2015 di Rimini, Itali.
Abdul Razak (kanan) ceria meraikan kejayaan kumpulanny­a merangkul Anugerah Emas Kategori Folklore Dance pada Internatio­nal Folklore Festival 2015 di Rimini, Itali.
 ??  ?? Abdul Razak (depan, dua dari kiri) terpilih menyertai program SSEAYP mewakili Malaysia di Tokyo, Jepun, pada 2011.
Abdul Razak (depan, dua dari kiri) terpilih menyertai program SSEAYP mewakili Malaysia di Tokyo, Jepun, pada 2011.
 ??  ?? Abdul Razak (depan, kanan) berpengala­man luas membimbing ramai murid dalam bidang tarian.
Abdul Razak (depan, kanan) berpengala­man luas membimbing ramai murid dalam bidang tarian.
 ??  ?? Abdul Razak (kanan) bersama-sama pelajar Korea Selatan ketika mengikuti program KOMTEP 2015.
Abdul Razak (kanan) bersama-sama pelajar Korea Selatan ketika mengikuti program KOMTEP 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia