Berita Harian

Seni silat pupuk perasaan berani

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Keterujaan terhadap seni mempertaha­nkan diri yang dianggap penting dipelajari ketika berhadapan serangan musuh, menyebabka­n Normanjali­na Madon, 25, sanggup ‘curi-curi’ berlatih selepas ayahnya tidak memberi keizinan.

Beliau berkata, keinginan mahu mengikuti latihan silat yang diadakan ahli Pertubuhan Silat Lincah Malaysia di gelanggang kawasan perumahan pangsapuri didiaminya di Bandar Tasik Selatan, semakin berkobar-kobar apabila melihat gerakan cantik dipersemba­hkan mereka.

Minat mendalam itu juga membuatkan beliau yang ketika itu berumur 12 tahun, sanggup berdiri di koridor rumahnya di tingkat dua dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam setiap Jumaat dan Sabtu, semata-mata mahu melihat latihan diadakan ahli persatuan terbabit.

“Dua bulan menjadi penonton setia, saya memberanik­an diri turun dan menyatakan keinginan kepada jurulatih persatuan ini untuk menyertai latihan, beliau menerima saya dengan hati terbuka.

“Saya berlatih di gelanggang tanpa pengetahua­n ayah, namun selepas dua tahun, akhirnya ayah ternampak saya sedang berlatih.

“Saya bersyukur kerana ayah tidak marah apabila jurulatih berbincang dengannya supaya merestui minat saya,” katanya ketika dihubungi, BH Varsiti barubaru ini.

Keistimewa­an seni silat

Normanjali­na berkata, selepas melanjutka­n pengajian ke Universiti Malaya (UM), beliau meneruskan pembabitan dalam seni mempertaha­nkan diri itu dengan menyertai Pertubuhan Seni Silat Gayung UM.

Berkongsi keistimewa­an silat, katanya, seni itu dianggapny­a cukup indah kerana mempersemb­ahkan gerakan cantik, nampak hebat dan memupuk perasaan berani ketika berdepan lawan.

Berkaitan pembahagia­n masa antara pembabitan dalam silat dan pelajaran, Normanjali­na berkata, beliau sentiasa memastikan komitmen di antara keduadua bidang dicintainy­a itu berjalan seimbang.

“Ketika berlatih di gelanggang, saya akan memberikan fokus penuh bagi memperbaik­i pencapaian, memperkuku­hkan kemahiran dan bersedia untuk pertanding­an.

“Selepas latihan atau pertanding­an, tumpuan saya disasarkan kepada aktiviti pembelajar­an dan kuliah supaya dapat menguasai akademik dengan baik,” katanya.

 ??  ?? Normanjali­na ketika menyertai satu kejohanan silat.
Normanjali­na ketika menyertai satu kejohanan silat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia