Berita Harian

Mahasiswa berilmu menerusi pengalaman

-

pengetahua­n daripada buku, tetapi pengalaman kita hanya boleh dapati daripada kehidupan.

Menyertai pelbagai persatuan atau pun aktiviti di universiti sering kali tidak digemari oleh mahasiswa. Mereka berpendapa­t bahawa aktiviti ini tidak berfaedah. Malah ada pula yang berpendapa­t bahawa aktiviti sebegini tidak membantu mereka bergraduas­i dengan selempang merah jambu di dada.

Maka dengan itu mereka lebih rela hidup bertemanka­n buku 24 jam sehari demi mengejar matlamat pointer yang baik. Tahukah anda, jika anda tergolong dalam kalangan mahasiswa yang begini, anda sudah membazirka­n hampir keseluruha­n ‘nikmat’ belajar di universiti?

Menyertai aktiviti universiti atau persatuan sebenarnya memang tidak memberikan kesan secara langsung terhadap akademik anda. Tetapi, bersetuju atau tidak, menyertai aktiviti seperti ini mampu membentuk diri anda sebagai mahasiswa yang proaktif, penuh dengan nilai-nilai positif dan meningkatk­an daya saing serta kebolehpas­aran anda untuk bekerja.

Mahasiswa yang aktif dalam aktiviti di universiti dapat melatih diri untuk menepati masa. Hal ini demikian kerana, mereka yang terikat dengan aktiviti ini lazimnya mempunyai komitmen tambahan yang perlu dipatuhi. Dalam erti kata lain, mereka bertambah sibuk dengan aktiviti yang berfaedah.

Untuk melatih diri supaya menepati masa, mahasiswa ini akan belajar untuk menguruska­n masanya dengan baik, cekap dan efisien. Faktor pengurusan masa yang baik ini amatlah penting khususnya apabila seorang mahasiswa itu mula melangkah ke alam pekerjaan.

Selain itu, menyertai aktiviti persatuan atau universiti juga dapat melatih diri dengan ilmu kepimpinan. Tidak saya nafikan bahawa semua orang boleh memimpin, tetapi tidak semua yang mampu memimpin. Sebagai contohnya, apabila anda dilantik untuk mengetuai organisasi, anda perlu berfikiran kritis dan berfikiran jauh untuk menggerak- kan organisasi anda.

Secara tidak langsung, melengkapk­an diri dengan ilmu kepimpinan dapat melatih cara kita berfikir yang seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap cara kita bekerja.

Akhir sekali, menyertai aktiviti sebegini sebagai mahasiswa dapat memupuk semangat kerjasama dan melatih kemahiran berkomunik­asi dengan lebih baik. Kemahiran komunikasi merupakan satu kemahiran yang tidak dapat diperoleh di dalam kelas mahupun dalam buku.

Kemahiran ini diperoleh melalui pengaplika­sian dan pengalaman kita bertemu dengan orang awam.

Oleh itu, saya melihat konsep mahasiswa ini dalam konteks yang lebih luas. Mahasiswa bukanlah individu yang hanya mentelaah buku sematamata.

Seorang mahasiswa perlu dan seharusnya perlu mempersiap­kan diri bukan hanya dengan ilmu yang tertulis di buku, tetapi juga ilmu yang terdapat melalui pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia