Berita Harian

SOIS sasar program siswazah di luar negara

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Pusat Pengajian Antarabang­sa (SOIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia menawarkan program siswazah dengan pihak luar, mengikut keperluan semasa dan keterbukaa­n peluang serta pasaran melalui rakan kerjasama dalam dan luar negara,

Kerjasama penawaran program Sarjana Pengajian Kenegaraan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di tiga lokasi iaitu di UUM Sintok, JASA Kuala Lumpur dan Pejabat JASA Johor Bahru.

Selain itu, penawaran program Sarjana Sains Perniagaan Antarabang­sa dengan pihak Kolej Profesiona­l MARA (KPM) juga memberikan inspirasi untuk menawarkan program melalui kaedah ini.

Bermulanya kumpulan pertama pelajar Doktor Falsafah hasil kerjasama SOIS dengan Universita­i Prima (UNPRI), Medan, Indonesia, berjaya mengorak selangkah lagi penawaran program SOIS ke peringkat antarabang­sa.

Kejayaan dalam melaksanak­an dan menguruska­n program itu memberikan iltizam dan semangat kepada

SOIS untuk terus mencari lokasi dan organisasi yang mempunyai kemahuan menjalinka­n kerjasama serta mampu memberikan pasaran kepada program siswazah di bawah SOIS.

Konsep dunia tanpa sempadan

Antara program berkenaan adalah Doktor Falsafah (PHD), Sarjana Sains Pengajian Strategik, Sarjana Sains Perniagaan Antarabang­sa, Sarjana Pengajian Kenegaraan dan Sarjana Politik Ekonomi Antarabang­sa.

Dekan SOIS UUM,

Prof Madya Dr Ahmad Rashawir Abdul Ghani, berkata melalui penawaran program di organisasi berkenaan, pelajar dapat menamatkan pengajian sarjana dalam tempoh setahun dan mampu menarik minat untuk mengikuti program siswazah dalam bidang Hal Ehwal Antarabang­sa dan Perniagaan Antarabang­sa.

Beliau berkata, pasaran tidak hanya terhad untuk rakyat Malaysia sahaja sebaliknya perancanga­n penawaran untuk program siswazah SOIS yang membabitka­n kedua-dua bidang turut dirancang untuk ditawarkan antaranya di Zimbabwe dan Indonesia.

Menawarkan program

“Konsep dunia tanpa sempadan serta strategi lautan biru di samping pengalaman mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara sebelum ini membuatkan SOIS bersedia untuk meneruskan dengan menawarkan program Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD) serta bidang Hal Ehwal Antarabang­sa dan Perniagaan Antarabang­sa.

“Melalui kerjasama yang terjalin melalui memorandum persefaham­an (MOU) dengan National Defence College, Zimbawe dan juga universiti di Indonesia, mendapat maklum balas yang baik kerana mereka mahu program ini ditawarkan di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, penawaran program di negara berkenaan mampu memberikan impak, terutama terhadap program yang ditawarkan di SOIS.

Katanya, ini sekali gus akan menjadikan kaedah promosi dalam terus memperkena­lkan serta memperkuku­hkan program siswazah SOIS di luar negara.

 ??  ?? Pelajar kumpulan pertama ‘inbound mobility’ dari Universita­s Bakrie Indonesia ke SOIS.
Pelajar kumpulan pertama ‘inbound mobility’ dari Universita­s Bakrie Indonesia ke SOIS.
 ??  ?? UUM berkerjasa­ma dengan National Defence College (NDC) Zimbabwe.
UUM berkerjasa­ma dengan National Defence College (NDC) Zimbabwe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia