Berita Harian

Melahirkan pemain berdaya saing

-

Kuala Lumpur: Bagi menyemarak­kan semangat kesukanan dan hubungan antara staf, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara Jabatan Piala Ketua Pustakawan 2017, di sini, baru-baru ini.

Acara bertempat di Padang Bola Sepak UPNM itu, menyaksika­n penyertaan daripada 16 pasukan.

Pengarah Kejohanan, Md Helmey Md Azemi, berkata acara itu bukan sahaja dapat menerapkan nilai murni melalui aktiviti sukan, tetapi juga melahirkan pemain berdaya saing tinggi dan memartabat­kan nama universiti.

Beliau berkata, kejohanan itu juga dapat mengenal pasti bakat untuk mewakili universiti di dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM).

“Pembabitan dalam acara ini juga dapat mewujudkan nilai kerjasama dalam kalangan ahli jawatankua­sa untuk menjayakan pertanding­an ini,” katanya kepada BH Varsiti.

Md Helmey berkata, kejohanan sehari itu dianjurkan Perpustaka­an Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) dengan kerjasama Pusat Sukan UPNM sejak tahun 2013, menyaksika­n setiap pasukan disertai kakitangan dengan sekurang-kurang dua peserta veteran yang berumur 40 tahun dan ke atas.

16 pasukan bertanding

“Selain itu, turut diadakan acara sepakan penalti membabitka­n pengurusan tertinggi universiti dan Kejohanan Bola Jaring Piala Bendahara 2017,” katanya.

Pasukan yang bertanding kali ini, termasuk Perpustaka­an Jeneral Tun Ibrahim melalui pasukan PJTI FC, Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan (FPPP FC), Pusat Asasi Pertahanan (PAP FC), Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK FC), Jabatan Pembanguna­n & Penyelengg­araan (JPP FC), Jabatan Bendahari (Bendahari FC), Fakulti Kejurutera­an (FKJ FC) dan Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan (FSTP FC).

Pasukan lain ialah Pejabat Pendaftar (Pendaftar A), Pejabat Pendaftar (Pendaftar B), Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA A) Pejabat Timbalan Naib Canselor dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA B).

Yang turut menyertai kejohanan itu, Akademi Latihan Ketenteraa­n (ALK JAGUAR), Akademi Latihan Ketenteraa­n (PERWIRA ALK), Akademi Latihan Ketenteraa­n (PTTK ALK) dan Akademi Latihan Ketenteraa­n (ALK GALAXY).

 ??  ?? Sebahagian staf UNPM yang terbabit dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara Jabatan Piala Ketua Pustakawan 2017.
Sebahagian staf UNPM yang terbabit dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara Jabatan Piala Ketua Pustakawan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia