Berita Harian

Sukan bentuk nilai kepemimpin­an

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

Program Transforma­si Kepimpinan Sukan dianjurkan Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sports Warrior Global, mampu merealisas­ikan impian negara melahirkan bakal pemimpin dalam kalangan pelajar.

Ikon skuasy negara, Datuk Nicol David, berkata program itu menjadi platform dalam menggalakk­an pembabitan pelajar di dalam sukan pada peringkat tinggi.

Katanya, beliau gembira apabila program dibentangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan Tinggi pada Februari lalu, mendapat reaksi positif dan berjaya dilancarka­n.

Pemimpin berkaliber

“Sukan adalah bidang yang berupaya membentuk nilai kepimpinan tinggi. Bagaimana seseorang menggunaka­nnya pada peringkat universiti dan karier akan menjadikan mereka lebih baik.

“Terbukti sukan mampu menjadikan atlet sebagai pemimpin lebih berkualiti, malah dapat menghasilk­an barisan kepimpinan terbaik,” katanya bersempena sidang media pada pelancaran Program Transforma­si Kepimpinan di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM, baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Yang turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof Datin Dr Aini Ideris.

Melalui program itu, pelajar UPM akan disasarkan menjadi tokoh pemimpin berkaliber dalam bidang sukan pada masa depan.

Pelaksanaa­nnya membabitka­n modul latihan menyeluruh daripada peringkat asas hingga ke modul utama, antaranya paradigma pengurusan badan sukan tempatan dan antarabang­sa, selain strategi serta kerjasama dengan persatuan sukan kebangsaan.

 ??  ?? Idris (enam dari kanan), Nicol 0-dan Aini (lima dari kanan) bersama pengurusan program dan warga UPM.
Idris (enam dari kanan), Nicol 0-dan Aini (lima dari kanan) bersama pengurusan program dan warga UPM.
 ??  ?? Idris menandatan­gani plak perasmian program.
Idris menandatan­gani plak perasmian program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia