Berita Harian

Subsidi 92 peratus untuk pembeli PPR Tekek Makmur

Kerajaan tawar konsep sewa, beli dengan kadar RM124 sebulan

- Oleh Abdul Razak Raaff Rompin

Kerajaan memberi subsidi kira-kira RM370,000 atau 92 peratus kepada pembeli 116 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tekek Makmur di Kampung Tekek, Pulau Tioman dekat sini,

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaska­n semua pembeli itu yang juga golongan berpendapa­tan rendah (B40) hanya perlu membayar sebanyak RM35,000 untuk memiliki rumah tiga bilik dan dua bilik air yang kos pembinaann­ya RM403,000.

Malah, beliau berkata, kerajaan turut bersetuju menawarkan konsep sewa dan beli kepada 63 pembeli rumah berkenaan dengan kadar RM124 sebulan selama setahun dan kemudian hanya perlu membayar baki RM33,512.

Subsidi paling banyak

“Inilah antara keistimewa­an projek PPR ini dan kita boleh anggap ia mencatat sejarah tersendiri kerana walaupun kos pembinaan seunit rumah tinggi pembeli mendapat subsidi paling banyak daripada kerajaan.

“Projek ini juga antara agenda sosial kerajaan kerana mahu kualiti kehidupan rakyat luar bandar yang lebih selesa,” katanya selepas merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tekek Makmur di Kampung Tekek, Pulau Tioman, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin.

Projek PPR Tekek bernilai RM46.75 juta menyediaka­n 116 unit rumah kluster setingkat dengan tiga bilik di kawasan seluas 3.288 hektar dan mula dibina pada Julai 2012 dan siap sepenuhnya Ogos 2015, turut dilengkapi padang permainan dan kedai. Landasan kapal terbang baharu Sementara itu, ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat bersama kira-kira 1,000 penduduk pulau di Dataran Tioman, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melaksanak­an semula pembinaan landasan kapal terbang baharu di pulau yang mendapat pengiktira­fan antara pulau tercantik di dunia.

Beliau berkata, pembinaan landasan kapal terbang baharu itu penting kerana dapat memaksimum­kan potensi pulau pelanconga­n berkenaan sekali gus menarik lebih ramai pelancong kelas atasan.

“Cadangan asal projek itu dikemukaka­n pada 2009 tetapi ia dibatalkan. Dulu cadangan di Kampung Genting dengan separuh landasan di air dan sebahagian lagi di darat untuk kapal terbang bersaiz seperti Boeing 737 mendarat.

“Kita akan kaji dengan teliti projek ini termasuk melantik juruperund­ing... ia akan membawa perubahan radikal kepada landskap Pulau Tioman,” katanya.

Perdana Menteri juga mengumumka­n peruntukan RM10 juta untuk membina dan menaik taraf lima jeti iaitu di Kampung Tekek, Kampung Paya, Kampung Mukut, Kampung Salang dan Kampung Juara; peruntukan RM34 juta daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi membaik pulih bekalan air bersih di Kampung Tekek dan Kampung Air Batang.

Najib turut melancarka­n laluan pejalan kaki (boardwalk) sepanjang 310 meter bernilai RM1.6 juta yang menghubung­kan Kampung Tekek ke Kampung Air Batang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia