Berita Harian

Sambut Aidilfitri di rumah baharu

Kediaman lebih selesa, serba lengkap penuhi keperluan penduduk

- Oleh Abdul Razak Raaff

“Raya berganda bagi kami sekeluarga kerana dapat menyambut Aidilfitri di rumah baharu,” kata Zalifah Berahim. Anak jati Kampung Tekek berumur 31 tahun itu berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini paling meriah baginya bersama suami, Kamizan Mat Daim, 34 dan seorang anak perempuan berumur 14 tahun.

Beliau yang bekerja sendiri berkata, rumah tiga bilik dan dua bilik air dengan laman di tepi rumah memberi keselesaan kepada mereka sekeluarga.

“Memang kami bersyukur dapat miliki rumah yang cantik sebegini dan akan menghias dan menjaganya dengan baik,” katanya.

Teruja miliki kediaman

Beliau yang baru berpindah ke rumah baharu sejak dua bulan lalu, ditemui pada majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tekek Makmur di Kampung Tekek, Pulau Tioman, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Suri rumah, Nazariah Hamzah, 32, teruja dapat memiliki rumah sendiri selepas menyewa rumah RM400 sebulan di Kampung Tekek, sebelum ini.

“Saya mula berpindah sejak Februari lalu dan memang saya bersama suami, Wan Noraziz Wan Endut (34 tahun) dan tiga anak (berumur tujuh hingga 12 tahun) turut gembira ada bilik sendiri.

Lokasi strategik

“Malah, rumah turut disediakan kipas siling di setiap bilik, memang kami beruntung dapat rumah ini kerana lokasinya juga strategik dekat dengan masjid, sekolah dan kedai runcit,” katanya.

Sementara itu, pekerja am, Abdullah Jaafar, 56, bersyukur kerana tidak perlu lagi menumpang chalet milik saudaranya di Kampung Tekek bersama isteri dan tiga anak.

“Mana nak dapat beli rumah macam ini dengan harga RM35,000 di tempat lain, inilah bukti kerajaan prihatin dengan nasib rakyat yang berpendapa­tan rendah,” katanya.

 ??  ?? Projek Perumahan Rakyat Tekek Makmur dirasmikan Perdana Menteri di Kampung Tekek, Pulau Tioman, semalam.
Projek Perumahan Rakyat Tekek Makmur dirasmikan Perdana Menteri di Kampung Tekek, Pulau Tioman, semalam.
 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ??
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia