Berita Harian

Bajet 2018 fokus insentif cukai bersasar

Tumpu kepada industri dipromosi kerajaan, ikut kehendak masa depan

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Pemberian insentif cukai yang lebih bersasar menjadi antara intipati Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada 27 Oktober ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata pemberian insentif akan lebih tertumpu kepada industri yang mahu dipromosi kerajaan, sebagai contoh membabitka­n Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Kita mesti mensasarka­n apaapa insentif yang mahu diberikan kerajaan.

“Kita tidak boleh beri kepada semua orang, ia mesti bergantung kepada kehendak masa depan.

“Sebagai contoh, jika kita mahu mempromosi bidang robotik, kita fokus kepada insentif cukai yang menggalakk­an pelaburan dalam bidang itu dan automasi, tidak ada lagi kepada semua (bidang),” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018: Meningkatk­an Pelaburan Swasta, di sini, semalam.

Ini adalah mesyuarat kumpulan fokus pertama bagi mendapatka­n maklum balas pihak berkepenti­ngan bagi persediaan Bajet 2018.

Berhubung pendapat sesetengah pihak bahawa pelabur tempatan tidak perlu terlalu teruja dengan pasaran besar China, Johari berkata, Malaysia tidak boleh lari daripada berurus niaga dengan dua kuasa besar ekonomi dunia, iaitu China dan Amerika Syarikat, masing-masing dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$11 trilion dan AS$18 trilion.

Malaysia ada lokasi strategik

“Malaysia mempunyai lokasi yang strategik untuk mendapat manfaat daripada pembanguna­n ekonomi China.

“Itulah sebabnya jumlah dagangan kita dengan negara itu mencapai hampir 16 peratus,” katanya.

Ditanya mengenai peluang pelaburan di Malaysia yang banyak diberikan kepada China, Johari menjelaska­n China kini berada dalam situasi bersedia untuk melabur.

“Negara mana di dunia hari ini yang sedang dalam keadaan bersedia untuk melabur? Tidak ada. China melabur di banyak negara dan di negara kita, mereka melabur dalam industri yang strategik dan kita perlukan, seperti pengangkut­an yang memerlukan modal yang besar.

“Pelaburan itu memanfaatk­an kita secara langsung atau tidak langsung, seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi,” katanya.

Mengenai mesyuarat kumpulan fokus kelmarin, Johari berkata, antara maklum balas yang diberikan termasuk berhubung bagaimana untuk mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan, meningkatk­an infrastruk­tur teknologi maklumat serta insentif bagi industri kecil dan sederhana (SME).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia