Berita Harian

Akta Bantuan Guaman dipinda bantu kanak-kanak mangsa jenayah seksual

-

Kuala Lumpur: Akta Bantuan Guaman akan dipinda bagi membolehka­n kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual mendapat akses kepada khidmat ‘pendamping guaman’, selain meminda syarat kelayakan bantuan guaman percuma.

Pindaan akta itu sejajar dengan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang diluluskan Parlimen April lalu, selain Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akta berkenaan akan dibentangk­an di Parlimen, 24 Julai ini, untuk pindaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pindaan akta bantuan guaman itu akan melihat beberapa hala tuju baharu, terutama definisi, kategori bantuan guaman selain memperkasa­kan jabatan bantuan guaman yang meliputi kes sivil dan jenayah.

Katanya, kelayakan bantuan guaman percuma yang sebelum ini merangkumi individu berpendapa­tan kurang RM25,000 setahun (kategori pertama) dan kurang RM30,000 setahun (kategori kedua) akan diselarask­an mengikuti definisi kelayakan program ekasih (pangkalan data kemiskinan nasional) dan BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

Khidmat nasihat guaman

“Terma baharu legal companion (pendamping guaman) diperkenal­kan iaitu pegawai undang-undang di jabatan bantuan guaman yang beri khidmat nasihat guaman kepada mangsa dera seksual mengikut akta keganasan seksual kanakkanak yang diluluskan tahun ini.

“Kami harap legal companion ini secara langsung bantu mangsa untuk dapat khidmat nasihat peguam kerajaan, terutama mereka yang jadi mangsa. Bukan sahaja bantuan guaman dalam mahkamah tetapi juga pengenalan proses undang-undang,” katanya selepas majlis makan tengah hari dengan pengarang media cetak dan elektronik di sini, semalam.

Perdana Menteri sebelum ini melancarka­n Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak bagi membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membantera­s penganiaya­an seksual terhadap kanakkanak serta melindungi hak mereka secara holistik.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukka­n sebanyak 5,779 kes penderaan seksual kanak-kanak direkodkan dari 2010 hingga 2015 dengan purata kes sebanyak 963 kes setahun.

Bantu kurangkan beban

Azalina berkata pindaan kepada akta bantuan guaman itu akan membolehka­n kanak-kanak yang menjadi mangsa dera atau ibu bapa kepada mangsa mendapatka­n khidmat nasihat bantuan guaman daripada pendamping guaman yang dilantik.

“Sekurang-kurangnya (melalui kewujudan pendamping guaman) akan mengurangk­an beban kanakkanak dan keluarga,” katanya merujuk kepada mangsa atau keluarga tidak mampu mendapat khidmat guaman kerana kekangan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia