Berita Harian

Institusi luar negara minat jalin kerjasama dengan KPT: Idris

-

Behrang: Beberapa institusi tersohor luar negara termasuk Universiti Cambridge dan penyedia dana penyelidik­an, Newton Fund mula menaruh minat untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sejak dua minggu lalu, semakin banyak institusi luar negara menghubung­i KPT untuk menjalinka­n kolaborasi dalam bidang pendidikan dan penyelidik­an.

Beliau berkata, konsep U.M.A.R yang merujuk peningkata­n ranking pendidikan negara dan pencapaian universiti tempatan khususnya universiti penyelidik­an membuka mata dunia, sekali gus mengiktira­f Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau ini.

U.M.A.R bermaksud Universita­s 21 (U), Universiti Malaya (M), lima universiti terbaik di Asean (A) dan dalam kelompok satu peratus Universiti Penyelidik­an (R) terbaik di dunia.

“Selain Universiti Cambridge, Newton Fund pun menghubung­i kita dan ingin memberi ruang yang lebih kepada pensyarah kita membuat penyelidik­an dengan mereka, dan ini satu pengiktira­fan kepada kita.

“Pihak Newton Fund akan bertemu dengan KSU (Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur) di sini.

“Kita juga akan keluarkan kajian yang mereka buat yang meletakkan Malaysia menjadi satu daripada negara tarikan pelajar di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Majlis Dialog Siswa Politeknik dan Senario Industri Masa Depan Malaysia di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia