Berita Harian

Tak perlu kursus pencegahan rasuah di universiti

-

Kuala Lumpur: Pemimpin mahasiswa tidak bersetuju dengan cadangan mahu memperkena­lkan kursus baharu berkaitan integriti dan pencegahan rasuah di universiti.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hazim Abdul Manaf, menegaskan ketika ini pelajar sudah pun dibebani dengan pelbagai bentuk kursus, yang perlu diambil sebagai prasyarat menjadi graduan.

“Tidak perlu sampai kursus (baharu) kerana pada hari ini pun mahasiswa sudah terbeban dengan kursus yang perlu mereka ambil di universiti,” katanya.

Namun, beliau akui penyertaan dan kefahaman mahasiswa terhadap rasuah masih belum memuaskan berikutan kurangnya pendedahan dalam bentuk aktiviti terhadap golongan itu di alam kampus.

Beliau yang terkejut dengan dapatan kajian oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), sebaliknya mahu pihak berwajib mengadakan lebih banyak program pendedahan berkenaan tafsiran rasuah di universiti.

“Saya sendiri tidak menyangka isu ini (pemberian hadiah) turut dikelaskan sebagai rasuah dalam kalangan mahasiswa. Kita boleh melihat ramai mahasiswa yang masih kurang cakna akan isu rasuah dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Kajian didakwa tidak tepat

Bagaimanap­un, beliau juga berpendapa­t kajian itu tidak begitu tepat kerana responden yang terbabit tidak menyeluruh iaitu hanya membabitka­n empat daripada 20 universiti.

“Amalan sedia ada seperti ganjaran diperoleh mahasiswa dalam bentuk barangan rasanya bukan satu rasuah. Ia setimpal dengan usaha atau bakti mahasiswa itu sendiri dalam menjalanka­n sesuatu projek. Ini pemahaman kebanyakan mahasiswa.

“Mahasiswa sudah dibekalkan dengan maklumat mengenai rasuah dan undangunda­ng berkaitann­ya, namun kebanyakan penerangan yang diberi tidak bersifat menyeluruh.

“Banyak aspek yang sukar untuk difahami mahasiswa, sewajarnya diperhalus­i dan penerangan lebih mendalam dibuat supaya mereka dapat memahami dan melihat dengan jelas isu rasuah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia