Berita Harian

Khairil Anuar ambil alih tugas Presiden Kumpulan, CEO FGV

Lembaga Jawatankua­sa Eksekutif dibubarkan berkuat kuasa mulai semalam

- Oleh Faris Fuad

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz, 49, sebagai Pegawai Bertanggun­gjawab bagi mengambil alih tugas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, FGV juga mengumumka­n Lembaga Jawatankua­sa Eksekutif akan dibubarkan berkuat kuasa mulai semalam.

Khairil Anuar yang dilahirkan dan dibesarkan di FELDA Sungai Klah, Sungkai, Perak ketika ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi, Logistik dan sektor lain FGV sudah berkhidmat dengan kumpulan itu sejak 2012.

Generasi kedua FELDA

“Beliau adalah generasi kedua peneroka FELDA,” kata kumpulan itu.

Dalam kenyataan berasingan, FGV mengumumka­n Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd memperoleh 400,000 saham FGV pada 17 Julai lalu.

Berikutan itu, koperasi itu mempunyai 204.56 juta saham bersamaan 5.61 peratus kepentinga­n ekuiti FGV. Pelatih pengurusan Kumpulan Renong Berhad

Ketua Jualan dan Pemasaran Time dotcom Bhd

Pengurus Kanan Jaring Communicat­ions

Ketua Eksekutif Syarikat Pembanguna­n dan Penyelidik­an Bersekutu di bawah Universiti Sains Malaysia (USM)

Ahli Panel Gabungan Pemikir Profesiona­l FELDA (Gaprof)

Dilantik Ahli Jawatankua­sa Felda Holdings Bhd

Ketua Pegawai Operasi, Logistik dan sektor lain FGV

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia