Berita Harian

Sulaiman perlu jawab dakwaan konspirasi

-

Kuala Lumpur: Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob perlu menjawab dakwaan wujudnya konspirasi terancang memecat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad yang dikatakan menjadi penghalang kepada agenda peribadi enam ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, berkata ini kerana Sulaiman baru-baru ini menyatakan panel siasatan dalaman FGV akan memulakan prosiding terhadap empat individu penting dalam syarikat itu termasuk Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha bermula 24 Julai ini.

Katanya, Sulaiman mahu mengambil tindakan ke atas Zakaria atas alasan sama seperti pernah dikemukaka­n bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad mengenai salah laku rasuah membabitka­n Zakaria dan Ahmad Tifli.

Mahu pecat Zakaria

“Sekarang kita dengar Sulaiman juga mahu memecat Zakaria kemungkina­n atas alasan, sama ada menjawab persoalan rasuah pernah timbul dan isu utama sebelum ini atau cuba menutup salah laku berkaitan rasuah beberapa ahli lembaga pengarah atau melindungi salah guna kuasa yang pernah di perkatakan.

“Ini menjadi persoalan perlu diperjelas­kan Sulaiman. Jika kita lihat Isa dan Sulaiman, keduaduany­a mempunyai imej berbeza, tetapi mempunyai integriti sama dan jika ini berlaku, sudah pasti saham FGV juga akan terus turun dan bukannya semakin pulih,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa wujud usaha dan gerakan terancang pihak tertentu untuk memastikan Zakaria dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kemelut syarikat berkenaan dan akhirnya membawa kepada pemecatann­ya.

Pastikan tak terlepas hukuman

Mohd Puad berkata, motif di sebalik usaha terancang itu perlu disiasat supaya tiada pihak bersalah terlepas daripada hukuman.

Azwanddin berkata, Sulaiman perlu menjelaska­n mengapa beliau bersama lima ahli lembaga pengarah yang lain menganggap Zakaria sebagai penghalang kepada agenda mereka.

Beliau juga mahu Sulaiman bertindak lebih profesiona­l berkaitan maklumat dalam FGV kerana banyak yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sehingga boleh menimbulka­n salah faham dan salah pengertian kepada penerimany­a.

“Jika Sulaiman tidak dapat menjawab, eloklah jika kita meminta Datuk Idris Jala dan pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak lebih proaktif, masuk dan siasat agenda peribadi enam ahli lembaga pengarah FGV ini kerana saya melihat itu jalan terbaik menyelesai­kan kemelut di FGV,” katanya.

 ??  ?? Azwanddin Hamzah,
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Keratan muka depan BH, 7 Jun lalu.
Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Keratan muka depan BH, 7 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia