Berita Harian

Pendidikan agama pasak pembanguna­n

-

Kita perlu menerima hakikat bahawa matlamat akhir pembanguna­n tidak lagi boleh berasaskan pencapaian ekonomi semata-mata, sebaliknya pembanguna­n menyeluruh. Amanah dan tanggungja­wab kita sangat besar untuk mencapai makna pembanguna­n yang melengkapk­an definisi kita sebagai bangsa yang berjaya, mempunyai pemikiran dan sistem nilai termaju. Bukan sekadar berpendapa­tan tinggi tetapi berbudaya tinggi, berkeperib­adian unggul, berpegang pada nilai dan berfikiran maju.

Bagi mencapai tujuan itu, kita perlu mencari keseimbang­an dalam pembanguna­n. Kita perlukan elemen yang boleh berikan imbal balik, agar dalam semua kepesatan dan keghairaha­n kemajuan ini, kita tidak tersasar. Elemen yang tidak akan menjerumus­kan masyarakat kepada kehidupan tanpa nilai, suluhan rohani, iman dan rasa kebergantu­ngan kepada Tuhan dan agama.

Dalam konteks gagasan Johor Berkemajua­n yang menjadi wawasan penting pembanguna­n Johor, kita tidak boleh jadi bangsa yang meninggalk­an jalan agama. Meskipun kita menatang pembanguna­n ekonomi yang sangat pesat, ia perlu sejajar dengan jalan Tuhan dan rohani. Apatah lagi, masyarakat yang terbaik hanya akan terjelma dengan kemajuan dan kemodenan dipandu ilmu wahyu dan kebenaran.

Persoalann­ya, jika faktor agama adalah penting dalam keseimbang­an pembanguna­n, apakah atau siapakah yang dapat memainkan peranan besar memberi keseimbang­an ini? Jawapannya, sistem pendidikan agama kita. Pastinya, guru agama perlu memimpin keseimbang­an ini.

Sistem pendidikan agama kukuh

Di Johor misalnya, kita sangat beruntung kerana mempunyai sistem dan institusi pendidikan agama yang kukuh sehingga menjadi identiti negeri. Sejak sekian lama, sekolah agama menjadi katalis terpenting untuk memajukan bangsa dan negeri. Malah, sekolah agama berupaya menjadi Benteng Moral Johor Berkemajua­n yang menjana masyarakat terbaik atau masyarakat ‘kamil’ di Johor selama ini.

Dalam usaha melonjakka­n peranan dan sumbangan sekolah agama, kita perlu memperkuku­h keupayaan sekolah dan modal insan agar lebih berdaya saing. Dalam hal ini, saya mencadangk­an tiga perkara bagi merealisas­ikan gerakan memodenkan pendidikan agama.

Pertama, pemantapan kebajikan guru dan pentadbir sekolah agama. Kita perlu terus cari jalan dan inisiatif baharu bagaimana menjadikan aspek kebajikan guru dan pentadbir sekolah agama kekal kompetitif dan setanding skim imbuhan profesiona­l lain. Ini bagi memastikan profesion perguruan dan pentadbira­n sekolah agama dihormati dan disegani masyarakat.

Kedua, pemantapan prasarana. Sistem pendidikan agama sudah beratus tahun usianya. Justeru, prasarana pendidikan agama di Johor mesti dimantapka­n. Ia mesti dibangunka­n dengan cara yang cerminkan kepentinga­n pendidikan Islam. Kita mahu apabila disebut sahaja sekolah agama, tergambar institusi pengajian moden, dilengkapi kemudahan pembelajar­an kondusif.

Transforma­si kurikulum

Ketiga, semakan dan pemerkasaa­n sukatan, kurikulum dan pendekatan pedagogi. Untuk menjadikan sekolah agama ini benteng rohani bangsa Johor, ia menuntut transforma­si kurikulum dan pedagogi yang tulen. Pada masa sama, kita harus manfaatkan teknologi agar proses pembelajar­an dan pengajaran jadi kreatif serta lebih menarik.

Kita mesti menjadikan kunjungan harian anak ke sekolah agama sebagai kunjungan yang penuh keterujaan. Mereka teruja untuk belajar, menelaah dan menghabisk­an waktu dengan bermanfaat di sekolah. Jangan kita biarkan sesi sekolah agama ini disaratkan dengan peraturan dan larangan demi larangan yang hanya menjauhkan atau aktiviti yang bosan atau sekadar program bersifat hafalan yang tidak menarik.

Bagaimanap­un, kita percaya gerakan memodenkan pendidikan agama ini tidak akan dapat direalisas­ikan jika tidak mempunyai sumber ruang dan lebih penting, kuasa membuat keputusan. Tanpa kuasa dan kekuatan politik, tidak akan ada jalan konkrit untuk menjadikan apa dirancang menjadi kenyataan.

Justeru, pemerintah­an Melayu Islam di Johor khususnya, mesti didukung tanpa berbelah bahagi. Bukan sekadar mempertaha­nkan, tetapi memperkuat­kannya. Kita memerlukan kuasa politik untuk memastikan kelangsung­an dan kepentinga­n Islam dan Melayu di Johor dan Malaysia terpelihar­a. Hal ini semakin penting kerana tanpa pengaruh dan kuasa politik, kepentinga­n Islam dan Melayu juga akan menjadi semakin terhimpit.

Tanpa pengaruh dan kuasa politik, iltizam dan hasrat menjadikan pendidikan agama sebagai rukun dan pasak pembanguna­n, akan kabur. Tanpa pengaruh dan kuasa politik, pendidikan agama dan agenda Islam akan sekadar sisipan, sampingan dan sekunder atau bukan keutamaan.

Guru agama yang menjadi pendiri kepada sistem pendidikan agama perlu mempertaha­nkan kuasa politik Melayu Islam. Mereka perlu mempunyai pendirian yang berani untuk mendukung perjuangan dan pencerahan bangsa, serta menolak pergerakan politik yang penuh kecelaruan dan kekusutan matlamat perjuangan.

Hakikatnya, kita tidak boleh lemah secara politik kerana kelemahan politik Melayu Islam akan mengancam kedudukan, pengaruh dan kepentinga­n orang Melayu Islam di Johor khususnya dan Malaysia amnya. Pendidikan agama adalah teras kepada keseimbang­an dan benteng moral masyarakat. Kemajuan dan kemodenan pesat tanpa agama dan rohani, adalah kehidupan yang sangat pincang dan cacat.

Lebih malang, kemajuan tanpa agama menjadikan nurani bangsa kita bercelaru. Saya dan kerajaan negeri berjanji akan terus berusaha dan menanam iltizam politik yang tinggi, untuk memperkuku­h sistem pendidikan agama bagi menjayakan agenda masyarakat Islam di Johor khususnya dan di Malaysia amnya.

Agak merisaukan ialah kajian dapati 35.8 peratus mahasiswa berpandang­an menerima hadiah berbentuk wang, barangan atau perkhidmat­an sebagai balasan bukan kesalahan rasuah. Melangkaui 2020 kepada 2050, kita harus nilai semula kedudukan integriti negara. Ikuti kupasan lanjut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia