Berita Harian

MBI digesa naik taraf Osborne Street

Aspek kebersihan, keselamata­n Medan Selera TKK mengecewak­an pengguna

- Oleh Balqis Jazimah Zahari

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mengendali­kan Medan Selera Taman Kanak-kanak (TKK), di sini, perlu mengambil langkah menyelengg­ara dan menaik taraf aspek kebersihan dan keselamata­n di kawasan itu bagi mengembali­kan semula kegemilang­annya.

Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata kawasan medan selera di Jalan Dato Tahwil Azar itu dilihat semakin suram sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Saya melihat aspek kebersihan­nya sangat mengecewak­an terutama dari segi bau dan keadaan longkang yang agak kotor serta menimbulka­n perasaan kurang senang pengunjung.

“Ia mungkin berpunca daripada longkang berkenaan kurang diselengga­ra MBI,” katanya.

Meor Razak berkata, sistem perparitan serta kumbahan di situ perlu dinaik taraf dan mempunyai sistem penapisan supaya air sisa tidak terus mengalir ke parit besar seterusnya ke Sungai Kinta.

“Jadi, dalam perkara ini, MBI perlu memainkan peranan menaik taraf sistem perparitan dan kumbahan sedia ada.

“Walaupun di parit besar itu mempunyai perangkap sampah, dari segi kualiti, airnya masih tetap tercemar dan akan mengganggu ekosistem kawasan sungai,” katanya.

Tumpuan gelandanga­n

Meor Razak berkata, landskap sedia ada di situ juga perlu diceriakan selain aspek pencahayaa­n yang menyebabka­n ia menjadi tempat melepak dan tidur golongan gelandanga­n serta penagih dadah sehingga membuatkan ibu bapa takut hendak melepaskan anak bermain di situ.

Halaman Kota semalam menyiarkan laporan berkenaan Medan Selera TKK yang juga dikenali sebagai Osborne Street yang semakin lesu dan tidak terurus serta kelihatan kotor.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA), Abd Rahman Said Alli, berkata MBI perlu memikirkan usaha menaik taraf dan membaikpul­ih semula Medan Selera TKK agar bersifat mesra pengguna khususnya kanak-kanak.

Landskap kawasan itu juga kurang ceria, tidak bersesuaia­n serta tidak menekankan konsep kekeluarga­an.

“Ini (taman kanak-kanak) adalah satu kemudahan asas, tetapi kalau ini pun MBI tidak boleh menyediaka­nnya kepada pengunjung bermakna MBI gagal,” katanya.

Kemudahan asas

Abd Rahman berkata, paling penting, membuat perancanga­n menaik taraf menggunaka­n pakar perunding yang mahir bagi memastikan aspek diguna pakai ketika menaik taraf kawasan itu bersesuaia­n dan mementingk­an kanakkanak.

Katanya, terlalu banyak ruang lantai menyebabka­n kawasan menjadi tidak mesra kanak-kanak, ditambah pula penyelengg­araan yang tidak sempurna dan membahayak­an kanak-kanak.

“Selagi ia dizonkan sebagai taman kanak-kanak, MBI perlu mengambil berat, di sini nampaknya ia sudah mengabaika­n taman kanak-kanak yang menjadi bahagian terpenting kawasan itu,” katanya.

 ??  ?? Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Keratan akhbar BH keluaran semalam.
Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Keratan akhbar BH keluaran semalam.
 ??  ?? Kemudahan kerusi dan meja pulih. yang sudah rosak dibiarkan tanpa dibaik
Kemudahan kerusi dan meja pulih. yang sudah rosak dibiarkan tanpa dibaik
 ??  ?? Keadaan longkang yang tidak diselengga­ra dengan baik.
Keadaan longkang yang tidak diselengga­ra dengan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia