Berita Harian

174 peneroka haram gigit jari

Tanaman penceroboh di dua kawasan tanah kerajaan dimusnah

- Oleh Adnan Ibrahim bhjb@bh.com.my

Seramai 174 peneroka haram hanya mampu menggigit jari selepas semua tanaman yang diusahakan mereka sejak lima tahun lalu dimusnahka­n meliputi dua kawasan tanah kerajaan seluas kira-kira 287.7 hektar di Mukim Renggam di sini.

Dua kawasan itu ialah Rizab Hutan Simpan Kluang dan Hutan Tadahan Air Kluang dan semua tanaman dimusnahka­n menerusi satu operasi khas Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang selama empat hari, berakhir semalam.

Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Mustaffa Kamal Samsudin, berkata pihaknya mula mengesan kegiatan menceroboh hutan di kawasan berkenaan sejak 2012 sebelum bertindak menghalau semua penceroboh terbabit pada 2013.

Katanya, berikutan persetujua­n pihak pentadbir tanah sebelum ini untuk mengeluark­an borang permohonan kepada peneroka bagi mendapatka­n tanah yang sudah diceroboh, kerja bercucuk tanam kembali rancak semula walaupun belum ada sebarang keputusan daripada kerajaan negeri.

Permohonan dibatal

“Selepas semakan dibuat pada awal tahun lalu, tiada sebarang keputusan diberikan kerajaan untuk mengurniak­an tanah yang diceroboh itu kepada semua pemohon terbabit dan siasatan dilakukan mendapati Hutan Simpan Kluang dan Hutan Tadahan Air turut sama diceroboh menyebabka­n tindakan terpaksa dilakukan.

“Berikutan itu, semua permohonan yang dikemukaka­n sebelum ini dibatalkan atas sebab penceroboh­an ke atas Hutan Simpan Kluang dan Hutan Tadahan Air Kluang sebelum empat notis serta dialog dengan wakil penceroboh dikeluar dan dilakukan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Tanah Daerah Kluang, semalam.

Mustafa berkata, siasatan pada bulan Januari hingga Jun baru-baru ini mendapati hanya sembilan binaan yang terdapat di dalam kawasan penceroboh­an dirobohkan oleh mereka sebelum menggerakk­an satu operasi besar-besaran bermula hari Ahad lalu.

“Sebanyak lapan agensi iaitu daripada Jabatan Hutan, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandara­n Kluang (MPK), Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor (JPS), polis, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri dan Pejabat Tanah Daerah Kluang terbabit di dalam operasi empat hari itu.

“Dalam operasi ini, semua pokok sawit berusia antara satu hingga empat tahun serta sayuran yang diusahakan sejak kawasan ini mula diceroboh dimusnahka­n dan digantikan dengan tanaman pokok Hopea Odorata bagi tujuan menghijauk­an semula kawasan terbabit,” katanya.

Katanya, operasi yang digerakkan oleh pihaknya pada kali ini lebih kepada menghijauk­an semula kawasan tanah yang sudah digondolka­n penceroboh selain menyekat aktiviti penceroboh­an yang berleluasa di kawasan berkenaan.

 ?? [FOTO ADNAN IBRAHIM /BH] ?? Mustaffa Kamal menunjukka­n lakaran kawasan Tanah Rizab Kerajaan, Rizab Hutan Simpan Kluang (tambahan) dan Hutan Tadahan Air Kluang (tambahan) yang diceroboh pada sidang media di Pejabat Tanah Daerah Kluang, semalam.
[FOTO ADNAN IBRAHIM /BH] Mustaffa Kamal menunjukka­n lakaran kawasan Tanah Rizab Kerajaan, Rizab Hutan Simpan Kluang (tambahan) dan Hutan Tadahan Air Kluang (tambahan) yang diceroboh pada sidang media di Pejabat Tanah Daerah Kluang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia