Berita Harian

Shahrir akui FELDA masih kubu kuat BN

-

Kuala Lumpur: Pakatan pembangkan­g disifatkan bermimpi di siang hari apabila mendakwa tanah rancangan FELDA bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, berkata dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya BN akan kehilangan banyak kerusi di kawasan berkenaan hanya propaganda dan isu dikitar semula pembangkan­g apabila pilihan raya semakin hampir.

“Beliau (Muhyiddin) berhak menyatakan pandangan dan kita tak gentar kerana pengurusan FELDA tidak pernah berhenti bekerja demi kepentinga­n peneroka dan menjaga kebajikan mereka.

Dakwaan kitar semula

“Biasalah, setiap kali menjelang pilihan raya, dakwaan seumpama itu akan dikitar semula. Muhyiddin mesti ada semangat untuk menarik kepercayaa­n rakyat kepadanya.

“Itu biasa. Masing-masing buat propaganda,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-20 Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan Muhyiddin semalam, kononnya kawasan tanah rancangan FELDA bukan lagi kubu kuat UMNO berasaskan pandangan pemerhati politik kononnya PPBM akan mendapat sokongan di kawasan itu yang selama ini dikuasai BN.

Media melaporkan, pakatan pembangkan­g dilihat kerap mengadakan program di tanah rancangan FELDA dengan kehadiran Pengerusi PBTM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meraih sokongan pengundi Melayu di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia