Berita Harian

‘Jangan salahkan bomba sahaja’

-

Putrajaya: “Jangan salahkan bomba sahaja. Ini tidak adil kerana keselamata­n kediaman adalah tanggungja­wab pengurusan dan pemilik,” kata Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim.

Mengulas isu bangunan kediaman bertingkat di Lembah Klang yang diibarat bom jangka Grenfell Tower Malaysia, beliau berkata, struktur bangunan lama di luar negara adalah berbeza berbanding bangunan di negara ini.

“Bangunan di London memiliki tangga di tengah bangunan, sebaliknya bangunan lama negara ini memiliki tangga di kiri kanan serta hujung bangunan yang menyebabka­n risiko keselamata­n berbeza.

“Pihak pengurusan bangunan lama sentiasa dinasihatk­an supaya menambah tangga bagi memastikan tahap keselamata­n ditingkatk­an jika berlaku situasi kecemasan.

“Orang ramai perlu faham ketika sijil layak menduduki (CF) bangunan dikeluarka­n, semua selamat dihuni tetapi selepas 20 tahun menghuni, jawatankua­sa atau pengurusan kediaman perlu bertanggun­gjawab melaporkan atau membaiki sebarang kerosakan,” katanya pada sidang media selepas Pengurniaa­n Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini.

Kemampuan JBPM terhad

Dalam pada itu, Mohd Noor berkata, dengan jumlah keanggotaa­n serta skop tugas, kemampuan JBPM untuk memeriksa lebih 200,000 premis bangunan setahun, adalah mustahil.

“Ketika ini, JBPM hanya mampu memeriksa 15,000 premis bangunan setahun dan mengambil masa 10 tahun untuk mengulangi pemeriksaa­n di premis sama.

“Bagi setiap kesalahan, satu notis dikeluarka­n dan ada yang memerlukan tempoh munasabah untuk membaiki bangunan sebelum tindakan diambil. Ini kerana ada yang perlu melantik kontraktor serta cukup wang untuk menyelesai­kannya.

“Bagaimanap­un kegagalan pemilik bangunan mengambil tindakan akan menyebabka­n mereka boleh didakwa.

“Tahun lalu, sebanyak 250 kes selesai dibicara dan ada dikenakan denda RM500,000 manakala tahun ini, sebanyak 119 kes selesai dengan denda sebanyak RM218,000,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia