Berita Harian

MSU tawar program hospitalit­i, pelanconga­n

Pengajian penuhi keperluan industri, kerjaya

-

Industri pelanconga­n di Malaysia adalah antara tiga penyumbang terbesar pendapatan negara, yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Pertumbuha­n pesat industri berkenaan disokong dengan pelbagai program anjuran Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (KPKM).

Sehubungan itu, Management & Science University (MSU) turut menawarkan program dalam bidang hospitalit­i dan pelanconga­n untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.

MSU adalah antara universiti terbaik di negara ini dengan memfokuska­n kepada penawaran program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global.

Pembelajar­an kondusif

Bidang pengajian peringkat sarjana muda dan diploma yang ditawarkan ialah

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menyaksika­n kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap

98.6 peratus.

Terkenal dengan visi komitednya untuk mencerna kecemerlan­gan dan kejayaan kepada graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu sama ada teori atau amali.

Sokongan pensyarah berpengala­man melalui program mentor mentee dengan suasana pembelajar­an kondusif dan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.

Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatk­an kebolehpas­aran serta memperkasa pengalaman pembelajar­an pelajarnya melalui aktiviti kokurikulu­m seterusnya melengkapi mereka dengan nilainilai etika dan moral.

 ??  ?? Program mentor mentee dengan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.
Program mentor mentee dengan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia