Berita Harian

UM terbit jurnal undang-undang pertama

Kandungan sentuh pelbagai isu semasa mula dijual hujung bulan ini

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Jurnal undang-undang pertama yang diterbitka­n pelajar di negara ini merangkumi pelbagai topik perbincang­an akademik termasuk menyentuh isu semasa dalam negara akan mula dijual kepada orang awam pada hujung bulan ini.

Menariknya, jurnal pertama terbitan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) itu, akan mengetenga­hkan idea kritis pelajar ijazah pertama undang-undang, selain diselitkan kupasan pakar perundanga­n negara, ahli politik dan tokoh akademik.

11 topik kepentinga­n awam

Pengerusi Majlis Dekan Undangunda­ng Malaysia, Prof Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, berkata jurnal itu akan menerbitka­n 11 topik dan isu berkaitan kepentinga­n awam.

Beliau berkata, selain topik dihasilkan pelajar, jurnal itu turut mengetenga­hkan penulisan bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Gopal Sri Ram dan pakar Perlembaga­an, Emeritus Prof Dr Shad Saleem Faruqi.

“Penghasila­n jurnal ini untuk menunjukka­n kepada masyarakat mengenai kemampuan pelajar kita dalam mengupas sesuatu topik berdasarka­n fakta dan penemuan yang disah dan disahihkan.

“Mungkin ramai menyatakan pelajar kita kurang standard, jadi menerusi penghasila­n jurnal seperti ini, kita akan menilai betapa tinggi tahap pemikiran mereka, mungkin satu hari nanti ia setanding dengan jurnal terkenal dunia yang dihasilkan Universiti Harvard,” katanya di sini, semalam.

Johan Shamsuddin yang juga Dekan Fakulti Undang-undang UM berkata, walaupun dihasilkan pelajar, setiap penulisan diutarakan mesti melepasi standard dan piawaian akademik serta setaraf dengan jurnal peringkat antarabang­sa.

Bagi edisi permulaan ini, beliau berkata, jurnal akademik itu akan dijual pada tiga harga berbeza iaitu RM20 senaskah (pelajar); RM30 (orang ramai) dan RM50 bagi bukan warganegar­a.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Johan Shamsuddin (kiri), Ketua Pengarang di Fakulti Undang-undang UM Leeroy Ting Kah Sing (tengah) dan Pensyarah UM, Sarah Tan Yen Ling menunjukka­n jurnal undang-undang yang diterbitka­n.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Johan Shamsuddin (kiri), Ketua Pengarang di Fakulti Undang-undang UM Leeroy Ting Kah Sing (tengah) dan Pensyarah UM, Sarah Tan Yen Ling menunjukka­n jurnal undang-undang yang diterbitka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia