Berita Harian

Pelajar hidap skoliosis terima kerusi roda elektrik daripada KUPTM

-

Kuala Lumpur: Sumbangan kerusi roda elektrik oleh Kolej Universiti Polytech MARA (KUPTM), memberi semangat baharu kepada Che Nuranis Syahira Che Lukman, 22, untuk aktif walaupun menghidap sakit skoliosis atau tulang belakang bengkok.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan KUPTM itu berkata, bantuan terbabit akan memudahkan beliau bergerak ke banyak tempat termasuk menghadiri kuliah.

“Sejak menghidap skoliosis pada usia 11 tahun, saya sukar bergerak terutama jika membabitka­n bangunan bertingkat yang tiada lif kerana kerusi roda digunakan kini berat dan tidak boleh dilipat.

Mudahkan pergi ke kuliah

“Jadi, saya berharap penggunaan kerusi roda baharu ini akan memudahkan saya ke kuliah bagi mengejar cita-cita menjadi akauntan bertauliah kelak, seterusnya membantu meningkatk­an kehidupan keluarga,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Eh? Raya! 2017 KUPTM, di sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n Pengerusi Kolej Poly-tech MARA (KPTM), Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Yang turut hadir, Naib Canselor KUPTM Kuala Lumpur (KUPTMKL), Prof Dr Abdul Razak Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Prof Datuk Dr Sabaruddin Mohd.

Pada majlis menghimpun­kan lebih 3,500 warga KUPTM itu, seramai 18 pelajar asnaf turut menerima duit raya sumbangan institusi itu.

Sementara itu, Ahmad Nazlan berkata, sumbangan terbabit sebahagian daripada tanggungja­wab sosial KUPTM bagi membantu pelajar kurang bernasib baik.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Ahmad Nazlan (kanan) menyerahka­n kerusi roda kepada Che Nuranis Syahira sambil diperhatik­an Dr Sabarudin (tiga dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Ahmad Nazlan (kanan) menyerahka­n kerusi roda kepada Che Nuranis Syahira sambil diperhatik­an Dr Sabarudin (tiga dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia