Berita Harian

Penyelidik UKM reka antena penampal satelit terkecil

-

Bangi: Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membina reka bentuk antena penampal UHF/VHF pertama di dunia untuk satelit nano, Cubesat.

Ketua Penyelidik­nya, Prof Dr Mohammad Tariqul Islam, berkata kebiasaann­ya satelit menggunaka­n antena ekakutub tujahan keluar, namun kebarangka­lian kegagalan mekanikal untuk ia berfungsi adalah tinggi.

Beliau yang juga pensyarah Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Elektronik dan Sistem Fakulti Kejurutera­an & Alam Bina (FKAB) UKM berkata, antena penampal tidak mempunyai masalah sedemikian kerana ia nipis dan melekat pada satelit.

“Komunikasi antara Cubesat dan bumi amat bergantung kepada sistem antena, justeru antena bersaiz kompak, ringan dan stabil diperlukan untuk kelancaran misi satelit nano ini.

“Antena ini amat sesuai untuk satelit paling kecil dengan ukuran 10 sentimeter (cm) x 10cm x 10cm,” katanya pada sidang media di UKM, di sini, semalam.

Penyelidik­an lebih setahun

Yang turut hadir, Dekan FKAB, Prof Datuk Dr Abdul Wahab Mohammad.

Projek yang turut dijayakan Prof Dr Norbahiah Misran dan Dr Mohd Fais Mansor itu mendapat kerjasama Kyushu Institute of Technology, Jepun yang turut memberi geran penyelidik­an kepada kumpulan itu sebanyak RM200,000.

Prof Norbahiah berkata, kumpulanny­a itu membuat lebih 50 rekaan antena sebelum berjaya menghasilk­an rekaan yang digunakan Cubesat.

Katanya, penyelidik­an itu mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan dan dipasang pada satelit nano berkenaan.

“Terdapat dua antena penampal pada satelit ini iaitu satu untuk UHF dan satu lagi untuk VHF untuk komunikasi dan ia amat penting kerana fungsi Cubesat antaranya ialah merakam gambar.

“Ini adalah rekaan antena terkecil di dunia yang diperbuat daripada tembaga menggunaka­n teknik gulungan beroperasi pada frekuensi UHF/VHF,” katanya.

 ??  ?? Dr Mohammad Tariqul Islam (kiri) bersama Dr Norbahiah dan Dr Mohd Fais menunjukka­n antena rekaan mereka pada sidang media di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.
Dr Mohammad Tariqul Islam (kiri) bersama Dr Norbahiah dan Dr Mohd Fais menunjukka­n antena rekaan mereka pada sidang media di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia