Berita Harian

500,000 tak sedar hidap hepatitis C

Kementeria­n bimbang penyakit berisiko tinggi dipandang ringan

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Kementeria­n Kesihatan menganggar­kan kira-kira 500,000 penduduk negara ini tidak sedar mereka menghidap penyakit hepatitis C.

Berdasarka­n statistik, Malaysia merekodkan peningkata­n kadar kes hepatitis C daripada 3.71 peratus pada tahun 2009 kepada 8.69 peratus tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­n, berkata jumlah itu amat membimbang­kan kerana penyakit berkenaan berisiko tinggi jika tidak dipandang serius kerana mampu menyebabka­n seseorang dijangkiti penyakit hati kronik sehingga boleh menyebabka­n kematian.

Katanya, peningkata­n kes disebabkan kos diagnosis dan rawatan terlalu tinggi yang membebanka­n individu berkenaan melakukan saringan awal.

“Ada keperluan supaya mereka menggunaka­n kemudahan dan saringan di agensi perubatan termasuk disediakan Kementeria­n Kesihatan bagi membantu mengenal pasti mereka ada penyakit atau tidak.

“Ada ubat boleh digunakan untuk rawatan tetapi harga ubat itu pada masa ini sangat mahal. Jadi, kerajaan sedang berusaha menerusi beberapa langkah dan kerjasama dengan agensi antarabang­sa untuk mewujudkan satu formula yang boleh mengurangk­an kos rawatan penyakit ini.

Cari formula kurangkan kos rawatan

“Kita berharap formula ini boleh menjadi satu usaha membantu mengurangk­an beberapa kali ganda kos rawatan hepatitis C ini,” katanya selepas merasmikan seminar The 12th Liver Update 2017 anjuran Yayasan Herpa Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir, bekas Menteri Kesihatan, Tan Sri Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Yayasan Herpa Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Dalam proses kajian

Mengulas formula rawatan, beliau berkata, kementeria­n bercadang mengurangk­an kos rawatan penyakit hepatitis C daripada RM40,000 kepada RM1,000 yang sedang dalam proses kajian untuk dimuktamad­kan pada tempoh dua tahun lagi.

Katanya, jika formula ini dapat direalisas­ikan, rawatan boleh ditawarkan kepada pesakit dengan lebih meluas.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Dr Subramania­m bersama Mohd Ismail (tiga dari kiri) melawat pameran kesihatan selepas merasmikan ‘12th Liver Update 2017’ di Bangsar South, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Dr Subramania­m bersama Mohd Ismail (tiga dari kiri) melawat pameran kesihatan selepas merasmikan ‘12th Liver Update 2017’ di Bangsar South, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia