Berita Harian

Sarawak yakin mampu tangani penularan jangkitan

-

Kuching: Sejumlah RM2.9 juta diperuntuk­kan bagi melaksanak­an program vaksin haiwan peliharaan terutama anjing dan kucing sejak jangkitan penyakit anjing gila atau rabies dikesan di negeri ini awal bulan lalu.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, berkata daripada jumlah itu, RM2.4 juta diperuntuk­kan Kerajaan Persekutua­n, manakala selebihnya disalurkan kerajaan negeri.

“Peruntukan Kerajaan Persekutua­n itu digunakan sepenuhnya untuk pemvaksina­n haiwan peliharaan, manakala kerajaan negeri pula menyediaka­n peruntukan untuk petugas barisan depan yang terbabit operasi pemvaksina­n.

“Ia termasuk proses vaksin untuk petugas barisan depan dan menyediaka­n kelengkapa­n termasuk pakaian khas sebagai perlindung­an,” katanya selepas meninjau proses vaksin anjing peliharaan di Dewan Masyarakat Batu 10 Padawan, di sini, semalam.

Abang Johari berkata, program vaksin itu kini dilaksanak­an di kawasan pada radius 10 kilometer dari lokasi diisytihar­kan dijangkiti wabak berkenaan.

Beliau berkata, ketika ini 18 kampung di Serian, Tebedu dan Sri Aman disahkan terjejas akibat wabak berkenaan.

Bincang bendung penularan

Katanya, Kerajaan Sarawak juga akan mengadakan pertemuan dengan Konsulat Jenderal Indonesia di sini, hari ini bagi membincang­kan langkah perlu membendung penularan wabak rabies.

“Perbincang­an itu akan diketuai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas disertai Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian serta pegawai kanan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV).

“Wabak ini dikenal pasti merebak dari negara jiran melalui haiwan peliharaan menyeberan­gi sempadan, sama ada anjing kita ke sana (Kalimantan) atau anjing dari sana masuk ke sini,” katanya.

Sementara itu, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, program berkenaan dilakukan kerana kawasan Padawan kini dijadikan zon penampan bagi mengelak penularan ke kawasan Kuching.

Beliau berkata, langkah itu diambil kerana satu kes anjing peliharaan positif rabies dikesan di Siburan.

“Kawasan Batu 10 terletak di antara Siburan dan Kuching, sebab itu kita pemvaksina­n dibuat di sini kerana bimbang wabak merebak ke Kuching yang besar dan padat penduduk,” katanya.

 ?? [FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] ?? Abang Johari (kanan) meninjau operasi pemvaksina­n rabies di Dewan Batu 10 Padawan, semalam.
[FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] Abang Johari (kanan) meninjau operasi pemvaksina­n rabies di Dewan Batu 10 Padawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia