Berita Harian

Penyeludup­an lembu aktif menjelang Aidiladha

Penyeludup guna taktik licik bawa haiwan seberang Sungai Golok guna bot diubah suai

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjangka kegiatan penyeludup­an lembu dari Thailand ke Kelantan semakin aktif menjelang sambutan Aidiladha.

Panglima 8 Briged, Brig Jen Nazari Abd Hadi, berkata taktik penyeludup terbabit licik apabila kebanyakan mereka mempunyai bot khas yang diubah suai bagi membolehka­n mereka membawa lembu menyeberan­gi Sungai Golok tanpa kegiatan dihidu pihak berkuasa.

Beliau berkata, modus operandi mereka adalah membawa lembu ke kawasan sempadan untuk beberapa hari sebelum mencari waktu sesuai terutama awal pagi atau tengah malam bagi membawa binatang terbabit masuk ke Kelantan.

“Penyeludup membawa lembu bukan dengan cara berenang sambil menarik tali seperti sebelum ini, sebaliknya kepala lembu dicangkuk di perahu khas yang diubah suai dan dibawa menyeberan­gi Sungai Golok.

Perhati pergerakan anggota tentera

“Mereka cukup licik kerana sentiasa memerhatik­an pergerakan anggota tentera yang bertugas bagi memastikan kegiatan gagal dikesan.

“Setiap lembu dibawa masuk hanya mengambil beberapa minit saja memandangk­an keluasan Sungai Golok hanya beberapa meter dan kegiatan mereka begitu terancang,” katanya ketika ditemui BH ,di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pangkalan Ibrahim Pencen menjadi antara pangkalan aktif berkaitan penyeludup­an lembu.

“Sehubungan itu, kita menggandak­an pemeriksaa­n dan kawalan bagi mengekang kegiatan terbabit khususnya penyeludup­an lembu memandangk­an Aidiladha bakal disambut tidak lama lagi.

“Pada masa sama, sebanyak 30 hingga 40 pangkalan yang dikenal pasti aktif akan diberi tumpuan khusus.

“Setiap tahun menjelang Aidiladha, penyeludup­an lembu aktif kerana permintaan tinggi di Kelantan, selain harganya yang murah iaitu kurang RM2,000 seekor di selatan Thailand,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia