Berita Harian

Kerajaan sasar kes kemalangan pekerjaan turun menjelang 2020

Sasaran ekoran kadar meningkat tahun lalu, perlu diberi perhatian

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Kementeria­n Sumber Manusia menyasarka­n kadar penurunan nisbah dua kes kemalangan pekerjaan bagi setiap 1,000 pekerja menjelang 2020.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, berkata ia berikutan kadar kemalangan pekerjaan negara bagi tahun lalu meningkat kepada 2:88 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding 2.81 bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun 2015.

Katanya, peningkata­n itu perlu diberi perhatian dan usaha bersepadu semua pihak untuk mengurangk­an kadar kemalangan serta meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja supaya Malaysia setanding negara maju yang lain.

Industri pembinaan berisiko tinggi

“Industri pembinaan mempunyai risiko kematian paling tinggi berbanding industri lain di negara ini. Mengikut perangkaan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sektor pembinaan merekodkan jumlah kematian terbesar akibat kemalangan pekerjaan dari tahun 2007 hingga 2016 dengan 751 kematian.

“Daripada 35,304 kes kemalangan industri dirujuk kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) tahun lalu, sektor pembinaan merekodkan 4,269 kes membabitka­n 160 kematian tahun lalu,” katanya selepas menyempurn­akan pembukaan pejabat baharu Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Pengerang di Bandar Penawar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye.

NIOSH buka cawangan baharu

Sementara itu, Lam Thye berkata, pembukaan pejabat baharu di di Jalan Kempas 1, Desaru Utama, Bandar Penawar, Pengerang menjadikan keseluruha­n 15 pejabat dan cawangan NIOSH di seluruh negara.

Beliau berkata, NIOSH menawarkan pelbagai kursus bagi memenuhi kehendak industri di daerah Kota Tinggi termasuk kawasan perindustr­ian Pengerang dan Tanjung Pengelih, selain industri petroleum dan gas di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang.

“Kita membuka lebih banyak cawangan bagi memudahkan pelanggan, selain menjimatka­n masa dan kos, manakala majikan juga tidak lagi mempunyai alasan tidak menghantar pekerja mengikuti latihan berkaitan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia