Berita Harian

UPM agih 1,000 E-cutter kepada peneroka FELDA

Inovasi mudahkan kerja seharian, realisasik­an hasrat kementeria­n

- Oleh Faris Fuad

Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengagihka­n 1,000 unit mesin pencantas kelapa sawit elektrik dikenali sebagai E-cutter kepada peneroka FELDA terpilih di seluruh negara secara berperingk­at.

Langkah itu sebagai usaha merealisas­ikan hasrat Kementeria­n Pendidikan Tinggi bagi memperkasa­kan Penyelidik­an Transnasio­nal, sekali gus menambah nilai kepada kehidupan seharian peneroka terbabit.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Ecutter bersifat ringan, jimat tenaga, mesra alam, selain mampu memetik serta mencantas pelepah sawit pada ketinggian 10 meter.

Katanya, ia sekali gus menjimatka­n masa peladang yang kebiasaann­ya menggunaka­n alat mekanikal atau pendekatan manual untuk menuai buah kelapa sawit.

Mudahkan kerja peladang

“E-cutter menggunaka­n gabungan konsep kuasa elektrik dan mekanikal bagi menggerakk­an alat pemotong berupa sabit, yang dipasang pada hujung galah.

“Ia dibangunka­n melalui sistem yang menggabung­kan generator elektrik dan motor yang mempunyai ketumpatan kuasa tinggi.

“Inovasi E-cutter UPM ini juga adalah bukti bahawa hasil penyelidik­an mampu dimanifest­asikan dalam menyelesai­kan masalah dan memudahkan kerja perladanga­n terutama dalam industri kelapa sawit. Inovasi UPM ini mampu diterjemah­kan demi manfaat rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyelidik­an Transnasio­nal (E-cutter), UPM bersama FELDA Zon Hulu Selangor, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanath­an; Naib Canselor UPM, Prof Dr Aini Ideris dan Timbalan Pengarah Besar (Pembanguna­n Komuniti) FELDA, Anuar Malek.

Sementara itu, Kamalanath­an yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, berkata UPM turut menyerahka­n produk Kit Kita Bijak Wang kepada 11 sekolah di kawasan FELDA, di sini.

Katanya, kit pendidikan komprehens­if itu mengandung­i enam unit asas pendidikan kewangan iaitu mari kenal wang, matlamat kewangan, keperluan dan kehendak, simpanan, belanja dan bajet serta konsep asas perbankan Islam.

 ??  ?? Idris (tengah) bersama penerima E-cutter yang disumbangk­an UPM di FELDA Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu. Yang turut hadir, Kamalanath­an, Dr Mary Yap dan Dr Aini Ideris.
Idris (tengah) bersama penerima E-cutter yang disumbangk­an UPM di FELDA Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu. Yang turut hadir, Kamalanath­an, Dr Mary Yap dan Dr Aini Ideris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia