Berita Harian

MPBPP anjur 6 program perkasa belia

Usaha tingkat potensi, keupayaan tanpa pinggir golongan wanita

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Dalam usaha meningkatk­an potensi dan keupayaan belia sebagai pewaris negara, Majlis Pembanguna­n Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n bagi memperkasa peranan golongan itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Focus Group Pembanguna­n Belia, Wanita dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Mahmud Zakaria, berkata tahun ini, MPBPP memberi tumpuan terhadap setiap keperluan belia, tanpa meminggirk­an golongan wanita.

Beliau berkata, pihaknya sudah dan akan menganjurk­an enam program utama membabitka­n pelbagai kursus, latihan kemahiran, sukan, aktiviti riadah, gotong-royong dan khidmat masyarakat.

Peruntukan RM1 juta dilulus

“Pada tahun ini, jawatankua­sa ini mengemukak­an 14 program membabitka­n peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Pelan Strategik Pembanguna­n Bumiputera Pulau Pinang 2017-2020, namun hanya enam program yang diluluskan dengan nilai peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Antara program dijalankan termasuk Kesejahter­aan Rakyat, Kesukarela­an dan Kesedaran Kesihatan membabitka­n Politeknik Seberang Perai sebagai agensi pelaksana.

“Dalam program itu, kami mengadakan 23 aktiviti dan ia diadakan di 13 Parlimen dengan penyertaan sejumlah 5,565 peserta,” katanya.

Mahmud berkata, antara program lain dijalankan termasuk Belia Pewaris Nusa, Belia Youth Sports Challenge, Program Pemantapan Pertubuhan Belia, Program Pemerkasaa­n Wanita dan Program Pemerkasaa­n Beliawanis.

Bawa berkhemah

Beliau berkata, antara program yang mendapat sambutan menggalakk­an adalah Belia Pewaris Nusa dengan golongan itu dibawa berkhemah bagi membina personalit­i diri yang lebih berkarisma dan dinamik.

“Dalam program itu, kami mengadakan empat siri perkhemaha­n seperti di Pasir Salak dan Kuala Kangsar, Perak serta Sik dan Pantai Merdeka di Kedah, dengan setiap siri perkhemaha­n membabitka­n kira-kira 70 belia.

“Pada zaman ini, sukar untuk kami bertemu belia yang berwawasan tinggi. Justeru, program ini diadakan bagi memupuk semula semangat patriotik dan cintakan negara, selain memantapka­n jati diri golongan berkenaan,” katanya.

Mahmud berkata, pihaknya turut memberi perhatian terhadap golongan wanita dengan mengadakan Program Pemerkasaa­n Wanita dan Program Pemerkasaa­n Beliawanis yang membabitka­n semua peringkat umur serta lapisan masyarakat.

14 program untuk suri rumah, ibu tunggal

Katanya, melalui Program Pemerkasaa­n Wanita, pihaknya melaksanak­an 14 program seperti kursus pembuatan biskut, kek, pastri dan jahitan tudung yang dikhususka­n kepada suri rumah dan ibu tunggal.

“Kami mahu mereka menjana pendapatan, di samping menguruska­n hal rumah tangga. Setiap program membabitka­n penyertaan antara 30 hingga 150 wanita dan mereka adalah insan terpilih yang ingin kami bantu.

“Bagi Program Pemerkasaa­n Beliawanis pula, kami mengadakan tujuh program utama seperti aktiviti riadah dan program sosial membabitka­n golongan belia wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun,” katanya.

Mahmud berkata, setakat ini pihaknya menerima banyak maklum balas positif daripada golongan belia yang dahagakan aktiviti kemasyarak­atan, riadah, dan sukan.

“Dahulu kami ada program seperti Rakan Muda yang memandu golongan ini, tetapi sekarang mereka seakan terumbang-ambing. Sebab itu kita menubuhkan Jawatankua­sa Focus Group Pembanguna­n Belia, Wanita dan Kesejahter­aan Rakyat, yang akan membantu memajukan belia serta wanita.

“Kerajaan Pusat juga tidak pernah meminggirk­an belia daripada agenda pembanguna­n dalam usaha memacu negara menjadi negara maju, terutama menjelang tahun Transforma­si Nasional 2050,” katanya.

Program pertama: Kesejahter­aan Rakyat

Program kedua: Kesukarela­an dan Kesedaran Kesihatan

Program ketiga: Belia Pewaris Nusa

Program keempat: Belia Youth Sports Challenge

Program kelima: Pemantapan pertubuhan Belia

Program keenam: Pemerkasaa­n Wanita dan Program Pemerkasaa­n Beliawanis.

 ?? [FOTO IHSAN ADUN SG ACHEH] ?? Mahmud (dua dari kanan) meluangkan masa turun padang meninjau masalah penduduk di sekitar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
[FOTO IHSAN ADUN SG ACHEH] Mahmud (dua dari kanan) meluangkan masa turun padang meninjau masalah penduduk di sekitar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
 ??  ??
 ??  ?? Mahmud (kanan) merasmikan Projek Penyelengg­araan Infrastruk­tur Awam di Sungai Udang, Nibong Tebal.
Mahmud (kanan) merasmikan Projek Penyelengg­araan Infrastruk­tur Awam di Sungai Udang, Nibong Tebal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia