Berita Harian

10 disyaki ahli Macau Scam kena tahan

Pelbagai peralatan komputer, 52 telefon bimbit, 176 kad ATM turut dirampas

- Oleh Nur Afiradina Arshad

Satu sindiket yang mendalangi penipuan Macau Scam yang menyebabka­n mangsa kerugian RM3 juta, ditumpaska­n polis hasil tangkapan 10 ahlinya dalam serbuan terhadap sebuah apartmen di Bandar Baru Seri Petaling di sini.

Dalam serbuan jam 6 petang Isnin lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Daerah Sentul, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya set komputer, komputer riba, 52 telefon bimbit, 176 pelbagai kad pengeluara­n wang (ATM) dan lima alat pindahan wang.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM814 dan 695 yuan (RM440).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail Abdullah, berkata 10 suspek yang ditahan itu adalah sembilan warga China termasuk seorang wanita dan seorang lelaki tempatan.

“Semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 50-an dan siasatan awal mendapati lelaki tempatan yang ditahan berperanan sebagai transporte­r atau tukang angkut.

“Siasatan mendapati sindiket ini aktif sejak April lalu menyasarka­n mangsa berada di China dan menjadikan apartmen itu sebagai ‘pusat operasi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Anggota sindiket menyamar

Mohd Luthfi berkata, berdasarka­n modus operandi, anggota sindiket itu menyamar sebagai pegawai bank, polis, mahkamah serta beberapa penyamaran lain.

“Mangsa akan terima panggilan ahli sindiket ini yang memaklumka­n ada tunggakan bayaran pinjaman bank atau tunggakan kad kredit atau akaun bank mereka terbabit dengan kegiatan jenayah.

“Ahli sindiket turut menyamar sebagai pegawai polis kononnya bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang bagi meyakinkan mangsa yang akaun bank mereka disalah guna kegiatan jenayah,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati ahli sindiket ini menerima upah di antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang dan polis masih menyiasat dalang sebenar sindiket terbabit.

“Semakan turut mendapati ada dalam kalangan suspek pernah beberapa kali memasuki negara ini sejak akhir 2015 menggunaka­n pas pelajar dan pas lawatan sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia