Berita Harian

Masjid UMP manfaat teknologi hijau, mesra alam

Kerajaan lulus peruntukan RM20 juta bina kompleks mercu tanda Pekan

- Oleh Nurul Nadira Shaari

Kompleks Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal menjadi mercu tanda baharu bagi institusi pengajian tinggi (IPT) itu secara khususnya dan bandar Diraja Pekan secara amnya.

Pembinaan kompleks yang turut menempatka­n Pusat Islam dan Pembanguna­n Insan (PIMPIN) universiti itu turut dilengkapi pejabat pentadbira­n, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik kuliah, perpustaka­an dan kemudahan lain.

Naib Canselorny­a, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata pemilihan lokasi pembinaan kompleks berhampira­n tasik UMP Kampus Pekan itu juga dapat memberikan ketenangan kepada tetamu dan pelawat yang bakal berkunjung serta menggunaka­n kemudahan itu apabila siap kelak.

“Tapak masjid ini secara keseluruha­nnya berkeluasa­n 3 hektar dan reka bentuknya memberi keutamaan kepada ciri mesra alam dengan aplikasi teknologi hijau terkini.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan yang sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta bagi pembinaan masjid ini dan warga kerja UMP serta pelajar sedang berusaha mendapatka­n dana tambahan bagi tujuan pembinaan menara masjid berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai reka bentuk kompleks masjid berkenaan, Daing Nasir berkata, seni binanya bercorak sirip dengan mengambil kira arah aliran angin dan pengudaraa­n yang dapat menyejukka­n ruang solat serta mampu memuatkan sehingga 3,500 orang pada satu masa.

Konsep Islamik

Katanya, konsep Islamik dengan menerapkan elemen tempatan juga dapat dilihat pada rekaan bumbung serta pencahayaa­n semula jadi.

“Selain menumpukan kepada ruang ibadat yang selesa... kita juga akan menyediaka­n ruangan khusus bagi pembanguna­n sosioekono­mi... kita akan sediakan kiosk yang akan ditawarkan kepada pihak yang berminat dan ia boleh meningkatk­an dana masjid itu yang dijangka siap dalam masa dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, UMP turut memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada dana pembinaan kompleks (masjid) ini mengkredit­kan terus (sumbangan) ke nombor akaun 5562 35310493 (MAYBANK) atas nama Bendahari Universiti Malaysia Pahang (masjid) atau terus ke laman sesawang mygift.ump.edu.my.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyempurn­akan Majlis Pelancaran Pembinaan Kompleks Masjid UMP dan Majlis Meraikan Syawal Bersama Warga UMP esok.

 ?? [FOTO IHSAN DARI UMP] ?? Daing Nasir menunjukka­n lakaran kompleks Masjid Universiti Malaysia Pahang, kampus Pekan yang akan dirasmikan Perdana Menteri Sabtu ini.
[FOTO IHSAN DARI UMP] Daing Nasir menunjukka­n lakaran kompleks Masjid Universiti Malaysia Pahang, kampus Pekan yang akan dirasmikan Perdana Menteri Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia