Berita Harian

PROMIC suntik semangat murid SKKB

Program kerjasama KKSB bantu pacu kejayaan peserta dalam pelbagai bidang

- Oleh Mohd Shukor Amin

Seramai 70 murid Tahun Tiga hingga Enam, Sekolah Kebangsaan Kampong Banting (SKKB), di sini, diberi suntikan semangat dalam Program Motivasi Insan Cemerlang (PROMIC) 2017, semalam.

Guru Besar SKKB, Azman Juahir, berkata program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah itu bersama Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) diharap dapat meningkatk­an motivasi murid dalam memacu kejayaan diri dan sekolah membabitka­n bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulu­m.

Dapat pendidikan terbaik

“Walaupun SKKB termasuk dalam kategori sekolah luar bandar dengan jumlah murid seramai 143 orang secara keseluruha­nnya, namun kami mahu mereka mendapat perkhidmat­an pendidikan terbaik dari sekolah ini,” katanya kepada BH.

Azman berkata, kali ini, dua penceramah undangan dari KKSB diberi tanggungja­wab mengendali­kan program yang bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 1 tengah hari.

“Kami mengharapk­an program ini dapat membentuk sifat berdikari dalam diri murid, membina keyakinan diri dengan nilai positif serta menanam sifat taat kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, keluarga dan guru,” katanya.

Guru Bimbingan dan Kaunseling SKKB, Fauziah Pilus, berkata program dengan kerjasama KKSB itu sudah kali kedua diadakan bermula pada tahun lalu dan program sebelum ini didapati memberi kesan positif terhadap murid.

“Atas dasar itulah kami meneruskan lagi program ini buat kali kedua tahun ini,” katanya.

Sementara itu, murid Tahun Lima, Nursyafiah Qistina Mohd Azraie, 11, berkata aktiviti yang menarik serta ceria termasuk sesi pecah bendungan, latihan dalam kumpulan (LDK), tayangan slaid, permainan bermotivas­i dan sesi muhasabah diri menjadikan program PROMIC tidak membosanka­n.

Katanya, aktiviti sedemikian menyebabka­n murid yang terbabit dalam program itu teruja untuk mengikutin­ya.

“Saya sedar betapa pentingnya ilmu pengetahua­n dalam membentuk masa depan yang lebih sempurna selain mentaati Allah, Rasulullah, ibu bapa, keluarga, guru dan orang yang menyayangi kita,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SHUKOR AMIN/BH] ??
[FOTO MOHD SHUKOR AMIN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia