Berita Harian

Kerajaan peruntuk RM200J bangun PRBN di luar bandar

-

Dungun: Kerajaan meluluskan peruntukan RM200 juta bagi Projek Rumah Bina Negara (PRBN) untuk penduduk luar bandar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu akan diagihkan RM100 juta melalui RISDA dan FELCRA (RM100 juta).

Katanya, peruntukan pembinaan rumah itu akan diberi keutamaan kepada generasi kedua terutama belia untuk memiliki kediaman sendiri.

Melalui 2 kaedah

“Ia diberi melalui dua kaedah iaitu rumah bernilai RM65,000 dengan kerajaan memberi subsidi RM20,000 yang bermakna mereka hanya perlu membayar RM45,000.

“Kaedah kedua, rumah berharga RM125,000 dan subsidi diberi kerajaan RM50,000. Mereka hanya bayar sebanyak RM75,000,” katanya ketika hadir pada Majlis Mesra Rakyat & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di FELDA KETENGAH Jaya yang dihadiri 10,000 penduduk.

Yang turut hadir, Pegawai Pembanguna­n Parlimen Dungun, Datuk Din Adam; Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri, Nawi Mohamad dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah( KETENGAH), Omar Ismail

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an geran tanah kepada 517 penduduk di kawasan KETENGAH serta menyerahka­n Pusat Rehabilita­si Bandar al-muktafibil­lah Shah dan sebuah van untuk kegunaan pusat berkenaan yang berharga RM159,000 bagi mengambil dan menghantar pesakit mendapatka­n rawatan di pusat itu.

Ismail Sabri berkata, buat permulaan, PRBN akan dibina di KETENGAH Jaya membabitka­n 43 rumah berharga RM75,000 seunit.

Tiada slip gaji

“Sebelum ini, peserta gagal memiliki rumah berikutan institusi kewangan tidak meluluskan pinjaman mereka kerana tidak mempunyai slip gaji.

“Menyedari keadaan itu, kerajaan mengadakan perbincang­an dengan bank termasuk Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan bersetuju meluluskan pinjaman kepada peserta,” katanya.

Katanya, ini membuktika­n kerajaan begitu komited dalam membantu masyarakat di luar bandar menikmati kehidupan yang selesa dan setanding dengan apa yang dinikmati di bandar.

 ?? [FOTO SHAMSUDIN HUSIN/BH] ?? Ismail Sabri bersalaman dengan kanak-kanak pada Majlis Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Raya peringkat Wilayah KETENGAH 2017 di Dungun, semalam.
[FOTO SHAMSUDIN HUSIN/BH] Ismail Sabri bersalaman dengan kanak-kanak pada Majlis Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Raya peringkat Wilayah KETENGAH 2017 di Dungun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia