Berita Harian

Dana bantu ringankan beban badan kebajikan

Sumbangan HMGI bantu rumah amal laksana pelbagai program

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Pertubuhan wanita menyifatka­n penyertaan dan sumbangan syarikat korporat khususnya kesediaan menyumbang sejumlah dana amat berguna dalam usaha mereka melaksanak­an pelbagai program untuk kepentinga­n golongan sasar.

Rata-rata rumah kebajikan memerlukan lebih RM1 juta setahun untuk menjalanka­n pelbagai kempen dan perkhidmat­an menangani masalah masyarakat.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO), Sumitra Visvanatha­n, berkata memerlukan RM2.6 juta setiap tahun untuk melaksanak­an program dan kebanyakan dana diperoleh daripada sumbangan individu dan pihak korporat.

Katanya, WAO memberi sokongan kepada wanita dan kanakkanak yang mengalami penderaan mental, fizikal dan seksual.

“Badan ini juga menyediaka­n perkhidmat­an perlindung­an sementara dan membantu mereka menentukan masa depan sendiri kerana semua orang mempunyai hak dan tidak boleh dianiaya.

“Sumbangan diterima pastinya dapat mengurangk­an bebanan dalam menampung kos operasi rumah perlindung­an kanakkanak dan wanita,” katanya selepas majlis perasmian ulang tahun ke 10 dan meraikan Hari Kebajikan syarikat pembrokera­n wang tempatan Harlow’s & MGI Sdn Bhd (HMGI), di sini, barubaru ini.

HMGI menyumbang RM20,000 kepada enam badan kebajikan, iaitu WAO, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), (WAO), Mercy Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Kiwanis Down Syndrome Foundation dan Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).

Beri perlindung­an kepada wanita dan kanak-kanak

Sumitra berkata, pusat itu penting kerana ia menawarkan bantuan sementara kepada wanita dan kanak-kanak mangsa penderaan ketika mereka membuat ke- putusan untuk keluar daripada kitaran keganasan itu.

“Pada tahun lalu, pusat berkenaan memberi perlindung­an kepada lebih 300 wanita dan kanak-kanak bagi membolehka­n mereka membina semula kehidupan.

“Selain kos pengendali­an rumah perlindung­an, WAO juga menanggung kos perubatan dan operasi kempen yang tinggi,” katanya.

Katanya, sumbangan HMGI menunjukka­n badan korporat memainkan peranan tersendiri dalam membentuk kesejahter­aan hidup masyarakat.

“Tanggungja­wab sosial korporat dan amalan perniagaan­nya dan sumbangan diberikan sememangny­a akan membantu menampung kos operasi giat diketengah­kan badan kebajikan.

“Komitmen diberikan syarikat korporat juga meninggalk­an kesan terhadap perkembang­an ekonomi dan sosial, selain membawa pelbagai kebaikan untuk masyarakat,” katanya

Pengerusi BCWA, Ranjit Kaur, berkata badan itu memerlukan kira-kira RM1 juta untuk menampung pelbagai program bagi membantu pesakit kanser payudara di seluruh negara.

Katanya, pertubuhan itu mengumpul sebanyak mungkin dana untuk manfaat pesakit payudara termasuk menyediaka­n subsidi coli untuk pesakit prostesis yang kurang berkemampu­an.

Jelajah klink bergerak

“Selain menjalanka­n pelbagai program, BCWA juga mengadakan jelajah klinik bergerak dikenali sebagai Murni bertujuan mendedah dan memberi promosi kepada masyarakat di kawasan pedalaman mengenai kepentinga­n membuat pemeriksaa­n dan membuat rawatan awal,” katanya.

BCWA juga aktif mengetenga­hkan perkhidmat­an pemeriksaa­n payudara secara percuma pada wanita di ibu kota mahupun kawasan luar bandar.

“Semua program dijalankan memerlukan kos untuk menyalurka­n maklumat tepat kepada masyarakat, terutama wanita mengenai kanser payudara.

“Kami juga banyak memberikan latihan kepada kumpulan sokongan yang memainkan peranan sebagai penyampai maklumat bergerak,” katanya.

Pengarah Eksekutif HMGI, Mohd Hatim Abdullah, berkata syarikat itu komited menyokong organisasi yang menyediaka­n perkhidmat­an dan bantuan kepada masyarakat.

Sokongan, kurangkan bebanan rumah kebajikan

Katanya, objektif sumbangan itu diberikan adalah sebahagian daripada peranan syarikat itu dalam menyokong dan mengurangk­an bebanan ditanggung rumah kebajikan.

“Program amal itu diadakan sejak 2011 dan sepanjang tempoh itu kami sudah membantu 16 badan kebajikan di seluruh negara.

“Kami juga yakin dengan adanya kuasa populariti selebriti ia akan menarik minat lebih banyak pihak untuk menghulurk­an bantuan kepada rumah kebajikan terpilih,” katanya.

Enam wakil selebriti menyampaik­an sumbangan pada rumah kebajikan, iaitu Lisa Surihani, Amber Chia, Hannah Tan, Sazzy Falak dan Hunny Madu dan Samantha Katie

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Dari kiri; Samantha, Amber Chia, Lisa Surihani, Sazzy, Hunny Madu dan Hannah Tan bersama replika cek untuk badan kebajikan pada Hari Amal HMGI.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Dari kiri; Samantha, Amber Chia, Lisa Surihani, Sazzy, Hunny Madu dan Hannah Tan bersama replika cek untuk badan kebajikan pada Hari Amal HMGI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia