Berita Harian

Kalam akhir Ibnu Ahmad Al Kurauwi

-

Selain cerita, satu lagi ciri yang sangat penting dalam berkarya adalah penggunaan bahasa yang baik.bagi pengarang, Azman Ahmad atau lebih dikenal sebagai Ibnu Ahmad Al Kurauwi, karya yang dihasilkan­nya bukan sahaja dibina dengan bahasa yang baik, bahkan sangat indah.

Kenyataan itu boleh dilihat dalam himpunan 20 cerpen menerusi naskhah Di Dadanya Kalam Tuhan yang kali pertama diterbitka­n pada 2009 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Naskhah ini diterbitka­n semula awal tahun ini atas permintaan ramai, selain mengenang pemergiann­ya yang meninggal dunia pada 3 Disember tahun lalu dalam kemalangan jalan raya.

Sangat menarik untuk dilihat, Azman yang muncul pertama kalinya dalam dunia penulisan selepas menyertai bengkel penulisan cerpen Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI) awal 2004, mampu memiliki kumpulan cerpen sendiri yang terbit dalam tempoh lima tahun sesudah itu.

Semua cerpen yang terhimpun dalam naskhah ini sudah tersiar sama ada dalam majalah atau akhbar dengan sesetengah­nya meraih pengiktira­fan dalam hadiah sastera.

Meskipun 20 cerpen mengangkat pelbagai tema, ia berada pada lantai yang sama, iaitu nuansa Islam yang sangat kuat. Antara cerpen yang menarik pasti sahaja Di Dadanya Kalam Tuhan yang menjadi tajuk naskhah ini.

Ia kisah yang disorot dari sudut pandang anak perempuan, Insyirah tentang bapanya yang dipanggil walid yang berhadapan dengan hasad dengki masyarakat keliling kerana dibenarkan untuk menginap di rumah berdekatan surau.

Hasad dengki masyarakat

Bapanya juga mengajar mengaji, tetapi ia tidak disenangi oleh segelintir masyarakat keliling, terutama Haji Hakam yang meminta walid meninggalk­an kediamanny­a.

Hasad dengki masyarakat tanpa mengenal batasan memang lumrah, tetapi walid dimenangka­n tawaran menduduki kediaman baharu dan terus berpeluang mengajar kalam Allah.

Korban Menantu Abah juga tidak kurang manisnya, dibina dengan nada melankolik dan disorot dari sudut pandangan seorang daripada tiga menantu lelaki abah.

Cerpen ini berkisar abah yang mendidik anak dengan lembut, kasih dan penuh ilmu agama. Tiga anak perempuann­ya berjaya, anak lelaki tunggal si bongsu yang ditatang bagai minyak yang penuh tersasar haluan meskipun dididik sejak awal penuh ilmu agama dan kelembutan.

Tiga Drama dalam Tiga Gerabak Keretapi Api sedikit berlainan dengan sejumlah karya yang lain dalam naskhah ini. Ia dibina dengan tiga cerita, tetapi ditutup dengan epilog yang merumuskan setiap kejadian dalam setiap gerabak dan fakta, kematian tidak mengenal usia, bangsa, tempat atau masa.

Naskhah ini baik untuk dibaca dan dijadikan panduan, terutama dari sudut bahasa, ideologi dan keinginan peribadi Azman sendiri untuk memperbaik­i diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia