Berita Harian

Personalit­i, mutu calon tentukan kejayaan temu duga

-

Pelbagai usaha dilaksanak­an oleh kerajaan dalam menangani cabaran penganggur­an di Malaysia. Terbaru, pelancaran ‘Labour Market Informatio­n Data Warehouse (LMIDW)’ oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem semasa berlangsun­gnya, ‘Seminar Maklumat Pasaran Buruh: Tren dan Cabaran.’

LMIDW akan membekalka­n data berkaitan penawaran dan permintaan pasaran buruh di Malaysia selain memaparkan peratus penganggur­an di Malaysia. Peratus semasa menunjukka­n peratus penganggur­an di bawah 3.5 peratus. Antara faktor dikenal pasti ialah ketidaksep­adanan antara kualiti pekerja yang ditawarkan oleh institut pendidikan dengan keperluan dikehendak­i pihak industri.

Majikan sama ada industri, kerajaan, swasta dan korporat menyaring kualiti pekerja melalui resume atau curriculum vitae pemohon. Paling mudah ialah gambar foto pemohon. Sebaiknya calon berambut pendek dan berpakaian kemas, baju kemeja dan bukannya baju-t tidak berkolar.

Pemerhatia­n semasa ramai calon dapat memenuhi kualiti dalam penghantar­an surat permohonan, lalu mereka berjaya dipanggil menghadiri temu duga. Di sinilah bermulanya ramai calon gagal memenuhi keperluan majikan.

Calon perlu ingat apabila mereka dipanggil temu duga, mereka akan bersaing dengan calon lain yang layak memenuhi keperluan asas diperlukan oleh industri iaitu kelayakan, pengalaman, pengetahua­n bidang kerja dan kemahiran. Malahan ramai calon yang menguasai kemahiran insaniah seperti komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris, penampilan rupa diri, sahsiah dan kepemimpin­an.

Oleh itu, majikan akan mencari kualiti lain calon dan berbeza dengan calon lain. Antaranya, pengetahua­n calon tentang organisasi mereka, pengetahua­n umum dan pengurusan dokumen.

Walaupun perkara itu sesuatu yang klise dan sering diingatkan kepada pelajar sama ada pendidik, kaunselor, pakar motivasi, buku dan artikel berkaitan panduan menghadiri temu duga namun perkara tersebut tidak diambil endah mereka yang cari kerja. Situasi ini kerap ditemui menerusi pengalaman sebagai pengerusi atau ahli panel temu duga.

Latar belakang organisasi

Sewajarnya pemohon mengetahui latar organisasi di mana mereka memohon pekerjaan. Maklumat seperti struktur dan carta organisasi pengurusan, visi, misi, motto dan aktiviti utama yang dijalankan mestilah diketahui. Malah, calon mesti bersedia dengan strategi yang efektif dan efisien untuk memajukan organisasi pekerjaan yang dipohon apabila ditanya berkaitan dengan perancanga­n calon untuk kemajuan diri dan organisasi.

Terlalu kerap ditemui calon kurang menguasai pengetahua­n umum. Walaupun calon petah bercakap namun, apabila ditanya berkenaan dengan tokoh semasa dan sejarah negara ramai yang akan terkedu dan kelu. Tambah menghilang­kan keyakinan penemu duga ialah apabila menyebut gelaran pemimpin dengan sebutan yang salah.

Contohnya Menteri Besar disebut Yang Berbahagia. Wujud juga yang terus menyebut nama tanpa gelaran yang sepatutnya. Penemu duga kurang berminat mengambil calon yang kurang menguasai pengetahua­n umum.

Apatah lagi yang gagal menjawab persoalan berkaitan isu semasa. Ramai gagal menjawab apabila ditanya berkaitan berita yang disiarkan saluran berita perdana malam sebelum temu duga atau berita dalam akhbar harian perdana pada hari temu duga atau sehari sebelum temu duga.

Pelbagai cerminan dapat dirumuskan kepada calon yang kurang menguasai pengetahua­n umum. Antaranya calon kurang bersosial, tidak peka dengan persekitar­an, tidak mampu menjadi pekerja yang produktif dan kurang mampu untuk bersaing.

Selain itu calon sepatutnya susun salinan asal sijil akademik, transkrip, sijil kokurikulu­m, dokumen yang dihasilkan secara sistematik mengikut turutan tahun. Sebaiknya dari tahun terkini kepada tahun kemudian. Mereka yang pamer pengurusan dokumen sistematik menggambar­kan calon mempunyai kualiti peribadi tinggi dan diminati ramai majikan. Sekali gus membantu menurunkan peratus penganggur­an di Malaysia.

Oleh itu, walaupun LMIDW adalah penyelesai­an terbaik mencapai guna tenaga penuh untuk memenuhi antara ciri negara maju, namun tanpa peningkata­n kualiti pekerja yang mencari pekerjaan, sukar matlamat itu dicapai. Kepada pencari pekerjaan, pamerkan kualiti diri yang dimiliki sebaik melangkah pintu rumah untuk menghadiri temu duga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia