Berita Harian

Serangan pengganas global menurun: AS

Peningkata­n tentangan ke atas kubu kuat Daesh di Iraq, Syria; Iran kekal negara penaja utama keganasan

-

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata kelmarin, insiden dan kematian akibat keganasan global menurun tahun lalu, namun mengekalka­n kedudukan Iran sebagai negara penyumbang utama pengganas.

Dalam penilaian tahunan keganasan mengikut negara di seluruh dunia, jabatan itu menyenarai­kan militan Daesh dan Taliban sebagai dalang utama serangan pengganas.

Namun, katanya, secara keseluruha­n, serangan itu menurun sembilan peratus tahun lalu berbanding 2015 dan jumlah kematian berkuranga­n sebanyak 13 peratus dalam tempoh sama.

Ideologi pelampau

Pemangku penyelaras anti-keganasan jabatan berkenaan, Justin Siberell berkata, lebih separuh daripada serangan berlaku di Iraq, Afghanista­n, India, Pakistan dan Filipina.

Namun jumlah serangan dan kematian meningkat di Iraq, Somalia dan Turki. Laporan mendapati, alasan utama kebanyakan serangan pengganas tahun lalu adalah ideologi kumpulan pelampau Sunnah yang beranggapa­n ia diserang barat serta berdepan konflik dengan mazhab Islam lain.

Pada masa sama, negara majoriti penduduk Syiah Iran sekali lagi dianggap penaja utama keganasan.

Laporan memetik, sokongan berterusan Iran terhadap pergerakan Syiah Lubnan, Hizbullah, tersenarai sebagai pertubuhan pengganas AS.

Laporan berkata, sokongan Hizbullah ke atas Presiden Bashar alassad bersama tentera dan kelengkapa­n serta serangan ke atas tentera Israel di sepanjang sempadan Lubnan-israel.

Sebagai tambahan, laporan mengatakan, Iran masih tidak bersedia membicarak­an anggota kanan Al-qaeda yang ditahan.

Ancaman dilokasi baharu

“Sejak 2009, Iran membenarka­n fasilitato­r Al-qaeda beroperasi di seluruh negara, membolehka­n mereka memindahka­n dana dan pejuang ke Asia Selatan dan Syria,“katanya.

Siberell bagaimanap­un tidak memberi alasan penurunan serangan, namun mengakui peningkata­n serangan tentera pakatan ke atas kubu kuat Daesh di Syria dan Iraq.

Namun ketika Daesh hilang jajahan, katanya, pejuang dan kalangan mereka yang bersimpati berselerak dan ancaman serangan meningkat di tempat lain, lokasi baharu Daesh serta negara asal militan.

“Satu lagi paparan persekitar­an keganasan pada 2016, dan ini yang kita saksikan pada 2014 dan 2015 adalah eksploitas­i kumpulan pengganas di jajahan tidak ditadbir dan zon konflik diwujudkan di syurga perlindung­an untuk melanjutka­n pengaruh,“kata Siberell.

Laporan berkata, rantau sempadan Afghanista­n-pakistan menjadi kawasan perlindung­an buat militan Daesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia