Berita Harian

Dua rakyat Malaysia antara 44 ditahan

Culik wanita warga Singapura dari kasino, minta wang tebusan RM771,516

-

Manila

Dua rakyat Malaysia antara 44 suspek ditahan di Filipina dalam kaitan kes penculikan seorang wanita Singapura di sebuah kasino di ibu kota ini, kata pihak berkuasa semalam.

Penolong Setiausaha Kehakiman, Erickson Balmes dalam satu kenyataan berkata, polis menemui mangsa, dikenali Wu Yan, 48, di sebuah kondominiu­m ibu kota ini Selasa lalu, sehari selepas diculik dua anggota samseng rakyat Malaysia.

“Mangsa ditahan, dilucutkan hak kebebasan, dipukul serta diancam penculikny­a yang menuntut wang tebusan AS$180,000 (RM771,516),” tambah Balmes.

Polis berkata, dua rakyat Malaysia bersama 42 suspek warga China, ditahan selepas mangsa diselamatk­an dan akan didakwa kerana menculik.

“Kumpulan itu dipercayai bertanggun­gjawab atas beberapa insiden penculikan didakwa dilakukan ke atas warga asing yang aktif berjudi sejak beberapa bulan lalu,” kata Balmes.

Beliau bagaimanap­un tidak memberi butiran penculikan lain atau apa yang berlaku terhadap mangsa.

Sasar saingi Las Vegas, Macau

Filipina sejak beberapa tahun kebelakang­an ini menarik pemain kasino asing ke negara itu ketika ia giat membangunk­an industri perjudian, menyasar menyaingi Las Vegas dan Macau.

Bagaimanap­un, laporan penculikan dan serangan kebakaran ke atas sebuah kasino lain di ibu kota ini yang mengorbank­an 37 orang bulan lalu, menimbulka­n kebim- bangan keselamata­n.

Jurucakap polis bagi kumpulan anti-penculikan Filipina, Abelardo Borromeo berkata, anggota samseng itu dipercayai sebahagian sindiket along beroperasi di perumahan mega kasino berhadapan Teluk Manila.

Borromeo berkata, mangsa ketika itu sedang bermain baccarat di satu daripada kasino apabila dua suspek dari Malaysia ‘berkawan’ dengannya dan menjemputn­ya bermain di kasino lain dalam kawasan itu.

Namun katanya, suspek sebaliknya membawa wanita itu ke kondominiu­m dan menuntut wang tebusan.

Ketua Polis Filipina Jeneral Ronald Dela Rosa berikrar tindakan keras ke atas penculikan ketika beliau mendedahka­n suspek yang ditahan di hadapan kamera.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Dela Rosa (kanan) bertemu sekumpulan 44 suspek penculik yang ditahan polis Filipina di Manila, semalam.
[ FOTO AFP ] Dela Rosa (kanan) bertemu sekumpulan 44 suspek penculik yang ditahan polis Filipina di Manila, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia