Berita Harian

AS berang dengan Turki, henti latih pemberonta­k di Syria

-

Washington: Amerika Syarikat (AS), berang dengan agensi berita Turki kelmarin susulan pendedahan lokasi pusat kawalan tenteranya di utara Syria, dengan Pentagon memberi amaran tindakan itu membahayak­an nyawa.

Agensi Anadolu (AA) menerbitka­n laporan Isnin lalu, memperinci­kan 10 kemudahan tentera AS dan dalam sesetengah keadaan, mendedahka­n jumlah anggota operasi khas yang bertugas di sana.

Jurucakap Pentagon, Mejar Adrian Rankine-galloway berkata, pendedahan maklumat sensitif tentera itu mendedahka­n anggota pakatan kepada ‘risiko tidak dijangka.’

“Ketika kita tidak boleh mengesahka­n sumber yang menyumbang berita itu, kami amat bimbang jika pegawai dari sekutu NATO sengaja membahayak­an pasukan kami dengan menyiarkan maklumat sensitif.

“Kami sudah menyampaik­an kebimbanga­n itu kepada kerajaan Turki,” katanya menambah Pentagon tidak akan mengulas jika lokasi disenaraik­an AA adalah tepat.

PKK dianggap pengganas

AA berkata, pangkalan berkenaan, terdiri dari dua lapangan terbang dan lapan pos tentera, digunakan bagi menyokong Parti Demokratik Kurdis (PYD) dan sayap senjata mereka, Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis (YPG), dianggap Ankara sekutu Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Turki menganggap PKK sebagai pertubuhan pengganas dan kumpulan itu melancarka­n pemberonta­kan sejak 1984, meragut 40,000 nyawa di Turki.

Walaupun menjadi sekutu NATO, hubungan AS dan Turki agak renggang berikutan usaha pakatan diketuai AS ketika itu bagi mengalahka­n Daesh di utara Syria.

AA berkata, satu daripada pos di bandar Ain Issa di pentadbira­n utara Raqqa menempatka­n kirakira 200 anggota AS dan 75 askar khas Perancis.

Dalam perkembang­an berkaitan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menutup program menyokong pemberonta­k menentang Presiden Syria Bashar al-assad, lapor akhbar Washington Post, kelmarin.

Memetik pegawai enggan dikenali, akhbar berkata, operasi rahsia selama empat tahun itu dianggap mempunyai fungsi terhad, terutama sejak tentera Russia mengambil langkah menyokong Assad pada 2015.

Presiden Donald Trump membuat keputusan menggugurk­an program itu hampir sebulan lalu, menurut the Post selepas bertemu Ketua CIA, Mike Pompeo dan Penasihat Keselamata­n Nasional HR Mcmaster.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Seorang lelaki menggali sistem kumbahan kem pelarian di utara Syria di Ain Issa ketika tentangan Tentera Demokratik Syria (SDF) di Raqqa, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Seorang lelaki menggali sistem kumbahan kem pelarian di utara Syria di Ain Issa ketika tentangan Tentera Demokratik Syria (SDF) di Raqqa, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia