Berita Harian

Republikan harap isu pembaharua­n cukai selesai akhir tahun

Presiden AS belum capai sebarang kejayaan besar termasuk janji mansuh Obamacare

-

Genap enam bulan pentadbira­n Presiden Donald Trump semalam, anggota Republikan berharap dapat keluar daripada permulaan tidak berhasil dan memperoleh kejayaan dengan pembaharua­n cukai sebelum tahun pertama beliau berakhir.

Sejak 20 Januari lalu, Trump sudah memansuhka­n 14 peraturan dilaksanak­an bekas Presiden Barack Obama, terutama mengenai alam sekitar dan industri.

Trump juga mendakwa memperoleh kejayaan penting dengan pengesahan Senat susulan pelantikan Neil Gorsuch sebagai Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan menandatan­gani beberapa arahan eksekutif.

“Apa yang kami lakukan dalam jangka pendek, dan apa yang akan dilakukan dalam masa enam bulan lagi, pasti mengagumka­n,” kata jutawan hartanah itu Isnin lalu.

Masih ada belum terlaksana

Namun Trump belum mencapai kejayaan hebat dari segi perundanga­n, termasuk janji sekian lama memansuhka­n pembaharua­n penjagaan kesihatan, pencapaian domestik Obama, dan yang memecah-belahkan Republikan.

Di sebalik tekanan hebat Trump, termasuk pertemuan di Rumah Putih dengan Senat Republikan kelmarin, anggota perundanga­n jelas tidak sabar menyegerak­an melangkah.

“Kali terakhir saya lihat Kongres berlangsun­g selama dua tahun. Kami akan melangkah ke arah pembaharua­n cukai menyeluruh dan infrastruk­tur. Banyak perkara perlu diselesaik­an,” kata Pemimpin Majoriti Senat, Mitch Mcconnell.

Trump mendedahka­n garis asas potongan cukai bersejarah April lalu, sehari sebelum genap 100 hari pentadbira­nnya.

Cadanganny­a adalah mengurangk­an kadar cukai korporat daripada 35 peratus kepada 15 peratus, namun pampasan terhadap kehilangan perolehan belum diputuskan.

Kempen lain yang dijanjikan adalah memulihkan infrastruk­tur negara itu. Trump yang masih menjadi calon ketika itu, menjanjika­n pelaburan AS$1 trilion (RM4.29 trilion) untuk pembinaan dan pembaikan jalan raya, jambatan, sistem pengangkut­an dan sebagainya.

Pembaharua­n besar-besaran

Bagi Republikan, pengaruh dan kredibilit­i politik mereka terletak pada dua pembaharua­n itu, oleh kerana ia adalah kali pertama sejak 2006 parti itu mengawal Rumah Putih dan Kongres.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Donald Trump
[ FOTO AFP ] Donald Trump

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia