Berita Harian

Selebriti ‘pembelot’ disiasat

Cerita kehidupan neraka di Korea Selatan, muncul dalam video propaganda Pyongyang

-

Korea Selatan sedang menyiasat satu kes membabitka­n seorang pembelot Korea Utara yang menjadi pelarian selebriti di ibu kota ini, namun baru-baru ini muncul dalam rancangan televisyen Pyongyang mendakwa kembali ke tanah air dari ‘neraka.’

Lim Ji-hyun, seorang pembelot wanita berusia 20-an, tiba di ibu kota ini pada 2014 dan tidak lama kemudian menjadi terkenal selepas membintang­i beberapa rancangan TV Korea Selatan memaparkan pelarian dari Korea Utara.

Ahad lalu, Ji-hyun muncul dalam video rangkaian propaganda Pyongyang, menggambar­kan ‘fantasi’ dirinya mengenai negara kaya Korea Selatan, musnah.

Dalam video itu, dihantar menerusi laman web Uriminzokk­iri Korea Utara, Ji-hyun berkata, dia ‘pulang ke tanah air’ bulan lalu dan kini menetap bersama keluargany­a di bandar barat Anju.

Tidak jelas jika Ji-hyun pulang secara sukarela, dengan media Korea Selatan membuat spekulasi dia mungkin diculik di sempadan China dan Korea Utara ketika cuba bertemu semula dengan keluargany­a.

Guna nama sebenar

Sumber polis yang menyiasat kediaman serta akaun di ibu kota ini memaklumka­n akhbar harian Korea Selatan, Joongang Ilbo, ada sedikit tanda dia cuba berpindah ke tempat lain.

“Pihak berkuasa berkaitan sedang menyiasat pembelot Korea Utara, Lim Ji-hyun,” kata timbalan jurucakap Kementeria­n Penyatuan yang menguruska­n hal ehwal Korea Utara, Lee Yoo-jin. Agensi perisikan di sini enggan mengulas.

Dalam video itu, Ji-hyun memperkena­lkan diri sebagai Chon Hae-song, dikatakan nama sebenarnya di Korea Utara.

Memakai baju tradisi sutera hanbok dan lencana merah memaparkan imej dua bekas pemimpin Pyongyang, Kim Il-sung dan Kim Jong-il, Ji-hyun menjelaska­n kehidupan penuh sengsarany­a di negara kapitalis Korea Selatan, di mana wang adalah segala-galanya.

Lari akibat miskin, penindasan

Lebih 30,000 rakyat Korea Utara melarikan diri akibat kemiskinan dan penindasan di negara terpencil itu dan menetap di ibu kota ini. Namun ramai mengadu kekurangan peluang, diskrimina­si dan kesukaran menyesuaik­an diri dengan masyarakat yang amat gemar bersaing itu.

Satu tinjauan terbaru menunjukka­n lebih 60 peratus pembelot menganggap diri mereka ‘warga kelas rendah’, dengan kadar purata bunuh diri antara mereka adalah 15 peratus, hampir tiga kali ganda purata di Korea Selatan, yang menjadi antara tertinggi di dunia.

 ??  ?? Lim Ji-hyun
Lim Ji-hyun
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia