Berita Harian

Celtic laung amaran awal

Rodgers yakin pasukan mampu mara ke saingan kumpulan Liga Juara-juara

-

Brendan Rodgers menyifatka­n Celtic berada dalam situasi lebih baik untuk tampil lebih mantap dalam saingan Liga Juarajuara berbanding tahun lalu selepas pasukannya melepasi Linfield untuk mara ke pusingan kelayakan ketiga.

The Hoops melakar kemenangan 40 ke atas juara Ireland Utara di Celtic Park dan berterima kasih kepada gol pemain antarabang­sa Australia, Tom Rogic, Stuart Armstrong serta dua jaringan Scott Sinclair untuk kemenangan agregat 60.

Juara Scotland itu akan berdepan ujian getir berdepan Rosenborg pada Rabu depan di perlawanan pertama pusingan ketiga.

Tak pernah tewas

Tetapi Rodgers yakin pasukannya yang tidak pernah tewas dalam musim pertama mampu menewaskan pasukan Norway itu ber dasarkan pencapaian musim lalu layak ke peringkat kumpulan.

“Kami sudah menyaksika­n beberapa aksi mereka,” kata pe ngurus Celtic mengenai Rosenborg.

“Mereka sedang mengharung­i pertengaha­n musim, jadi kecergasan juga berada di tahap terbaik. Norway adalah satu pasukan yang berdisipli­n dan teratur namun kami sentiasa menanti mereka.

Perlu kerja keras

“Sesiapa saja yang kami akan temui pada kempen kelayakan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jika mahu pergi jauh, kami perlu bekerja keras. Saya akan meneliti aksi perlawanan sebelum ini untuk menilai semula pasukan.

“Secara fizikal kami sedang meningkat naik namun jika dilihat secara menyeluruh dan bagaimana kami bekerja, cara mereka bermain kami berada 100 peratus dalam situasi berbeza berbanding musim lalu,” katanya.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Pemain Celtic, Tom Rogic (kanan) dihalang pemain Linfield, Mark Haughey pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-juara, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Pemain Celtic, Tom Rogic (kanan) dihalang pemain Linfield, Mark Haughey pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-juara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia