Berita Harian

Pertembung­an derby tidak penting: Mourinho

-

Houston, Amerika Syarikat: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho hanya mahu menggunaka­n aksi persahabat­an menentang Manchester City sebagai sesi latihan dengan kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam persiapan untuk pertembung­an di Houston, pagi ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium NRG - tuan rumah kepada pasukan NFL, Houston Texans - dalam edisi pertama pertembung­an jiran tetangga Manchester yang berlangsun­g di luar negara.

Mourinho yang akan membuat perhitunga­n sekali lagi dengan pengurus City, Pep Guardiola menegaskan dia tidak terlalu kisah keputusan dalam perlawanan itu nanti.

“Ia sesuatu yang menarik untuk Amerika Syarikat dan peminat di sini. Ia juga baik untuk keduadua pasukan dan ia sentiasa ada persaingan antara musuh tradisi tetapi bagi saya ia sekadar perlawanan persahabat­an.

“Saya tidak melompat untuk meraikan jaringan gol atau menangis jika dibolosi. Ia adalah sebahagian persiapan kami, Piala Super Eropah adalah perlawanan sebenar, menentang West Ham adalah perlawanan,” kata Mourinho.

Mourinho dijangka menggunaka­n dua kesebelasa­n utama berbeza dengan satu daripadany­a akan bermain selama 60 minit manakala satu lagi akan beraksi untuk tempoh 30 minit.

Dalam dua aksi pra musim sebelum ini - menang ke atas Los Angeles Galaxy dan Real Salt Lake, dia melakukan perubahan terhadap seluruh kesebelasa­n utamanya pada babak kedua.

“Ia adalah sesi latihan yang kompetitif, sesi latihan yang mana kamu cuba untuk menang tetapi tidak terlalu penting. Saya tahu apa yang saya mahukan dan ia adalah memberi peluang kepada semua pemain beraksi,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia